Kerajaan Negeri mengkaji semula pemberian diskaun sebanyak 10 peratus bil air kepada semua pengguna domestik di Perak setelah mengambil kira pandangan orang ramai.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan sebelum ini mengumumkan 10 peratus diskaun bagi bil air, namun kemudahan itu kini diberi hanya untuk 20 meter padu pertama atau 20,000 liter air bersih.
Beliau berkata ramai berpandangan bahawa diskaun 10 peratus untuk bil tidak seharusnya diberikan kepada pengguna kerana ia menggalakkan mereka melakukan pembaziran dalam penggunaan air.
"Saya fikir ia satu pandangan yang baik... jadi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita perlu buat satu keputusan yang baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Faizal berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat LAP dan beliau meminta pentadbiran agensi terbabit membuat kertas kerja bagi membincangkan perkara berkenaan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Katanya, pemberian diskaun itu tetap dilaksanakan bulan depan namun maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diumumkan kelak.
Mengenai pemberian 25 meter padu atau 25,000 liter air bersih percuma kepada golongan sasar yang akan bermula Ogos ini, Ahmad Faizal berkata ia juga tetap diteruskan.
Ahmad Faizal, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang, berkata LAP mencatatkan keuntungan bersih sebelum cukai sebanyak RM36.19 juta sehingga 30 Jun tahun ini berbanding RM32.80 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Jualan air juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak RM170.80 juta sehingga 30 Jun, 2018 berbanding RM164.62 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
"Sepanjang 10 tahun pelaksanaan bantuan susbidi air untuk rakyat miskin di Perak, LAP membelanjakan RM9.6 juta sehingga 17 Julai, 2018 yang mana subsidi ini melibatkan 11,544 keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 27 2018
AHMAD FAIZAL: Ramai berpandangan bahawa diskaun 10 peratus untuk bil tidak seharusnya diberikan kepada pengguna kerana ia menggalakkan mereka melakukan pembaziran.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.