Perak akan mengemukakan semula cadangan untuk membina lapangan terbang baharu yang mempunyai landasan sekurang-kurangnya 3.5 kilometer panjang di kawasan yang tidak jauh daripada Ipoh.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kawasan tersebut pernah dicadangkan sebelum ini tetapi dihentikan kerana terdapat cadangan pembangunan lain.
Beliau bagaimanapun enggan menamakan kawasan itu tetapi memberitahu, ia dipilih kerana merupakan kawasan pertumbuhan di samping bentuk muka buminya yang sesuai.
“Kita sedang membuat perincian dan kita mengharapkan agar tempat yang akan dipilih itu nanti mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Perak Bersama Dr Zambry di RTM Perak di sini pada Isnin.
Zambry berkata, beberapa perbincangan awal telah diadakan dan kerajaan negeri memerlukan beberapa penelitian, termasuk melalui kerjasama dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Bagaimanapun, ujarnya, jika dilihat dari segi keadaan latarbelakang dan kedudukan muka bumi yang ada di kawasan berkenaan, beliau yakin ia tidak akan memberi masalah besar kepada tempat tersebut.
Tambahan pula, katanya, ia tidak terlalu dekat dengan lapangan terbang lain dan sibuk seperti di Pulau Pinang.
Beliau memberitahu, pendekatan pelaksanakan lapangan terbang itu akan dilaksanakan sama ada secara terus oleh kerajaan Persekutuan atau melalui kerjasama antara pihak swasta dan kerajaan.
Menurutnya, cadangan lapangan terbang baharu itu bukan sahaja bagi tujuan sektor pelancongan tetapi juga dalam sektor industri lain seperti baik pulih pesawat.
Sebelum ini, Zambry pernah memohon kepada kerajaan Persekutuan pada 2011 agar lapangan terbang baru dibina di Lembah Bariah, Bagan Serai.
Bagaimanapun, ia dikatakan tidak sesuai kerana kedudukannya yang berhampiran lapangan terbang Pulau Pinang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 2014 pula, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu, kerajaan negeri sedang meneliti cadangan membina sebuah lapangan terbang di Seri Iskandar di daerah Perak Tengah.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 10 2017
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika ditemubual dalam Selamat Pagi Perak FM Bersama Menteri Besar di Auditorium Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. -- fotoBERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Pegawai polis langgar pelajar: Pasukan pembelaan baharu, bicara ditangguh
Peguam M Athimulan dalam permohonannya berkata, mereka secara rasmi mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, mulai pagi ini.
Lelaki ditemui maut dalam kenderaan 4WD disyaki bunuh diri - Polis
Mangsa seorang warga tempatan berumur 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar kenderaan keluar simpang
Kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa besar Honda CBR dan Mistubishi Pajero.
'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.
Pemilik restoran nasi kandar warga Bangladesh mengaku beri suapan RM10,000
Tertuduh, Rezaul Shajahan Ali, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim.
Suami rayu kesan isteri hilang lebih sebulan
Muhammad Noor bimbang selepas isterinya gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah selepas keluar untuk mengutip besi lusuh.
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.