Pertikaian antara beberapa pemimpin PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung peralihan kuasa perdana menteri, adalah pandangan individu dan bukannya pendirian parti, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menjelaskan kesemua empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) mempunyai pendirian mengenai perkara itu yang dipersetujui sejak awal lagi berdasarkan perjanjian persefahaman dan ikatan yang telah diputuskan dalam PH.
"Dalam soal itu tak ada perbezaan. Kalau ada pandangan, itu pandangan individu, pandangan parti berbeza sedikit.
"Kita ada pendirian yang kita ambil sejak awal sampai sekarang. Komitmen kita buat berdasarkan perjanjian, persefahaman dan ikatan sesama parti dalam PH dan kita berpegang kepada prinsip itu," katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri PH-Bersatu Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun, Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim dan timbalannya, Eddin Syazlee Shith.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR dan Bersatu yang berbalas kenyataan berhubung isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Beberapa pemimpin PKR antaranya Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan kumpulan pendesak, Otai Reformasi memberi tekanan kepada Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan itu.
Bagaimanapun, Bendahari Bersatu Selangor, Mohd Shaid Rosli hari ini secara terbuka berkata, parti itu yakin dengan kekuatan yang dimiliki dan akan mempertahankan Dr Mahathir jika kepemimpinannya cuba digugat dengan cara tidak sepatutnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata, beliau yakin Bersatu akan menjadi parti lebih kuat selepas pemilihan yang akan diadakan buat kali pertama selepas tiga tahun parti itu ditubuhkan.
Katanya, pemilihan itu akan diadakan selepas mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan bagi meminda beberapa perlembagaan parti itu antaranya dari segi disiplin, keanggotaan dan pemilihan pada bulan depan.
"Bersatu baru ditubuhkan dan kita masih di peringkat awal dan yang penting kita laksanakan ikut sistem demokrasi, pemilihan dibuat oleh ahli terbanyak, dengan cara itu kedudukan parti lebih kukuh dan diharap keyakinan ahli kepada parti lebih kuat dan sokongan masyarakat kepada perjuangan Bersatu lebih mantap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Bercakap kepada pemberita di Jelebu pada Sabtu, Muhyiddin berkata, beliau yakin Bersatu akan menjadi parti lebih kuat selepas pemilihan yang akan diadakan buat kali pertama selepas tiga tahun parti itu ditubuhkan. --fotoBERNAMA
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).