Peranan orang ramai ditagih untuk menjadi pemerhati 'tidak rasmi' bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang terutama dalam menilai kelangsungan dan kelancaran perjalanan pilihan raya di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata meskipun IDEAS telah memilih 325 orang sukarelawan sebagai pemerhati untuk PRU-13 nanti, jumlah ini pasti tidak akan mampu untuk membuat pemerhatian menyeluruh pada semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang terlibat.
“Kita mempunyai 325 orang pemerhati yang telah diberi akreditasi. Sudah pasti, mereka tidak akan dapat berada di seluruh negara atau seluruh Semenanjung pada setiap masa,” kata Wan Saiful.
Untuk itu, IDEAS katanya turut mempelawa orang awam untuk terbabit sama termasuk memberi laporan telus mengenai perjalanan PRU-13 samada baik atau buruk.
“Peranan pemerhati ini ialah untuk memerhati, merekod keadaan dan membuat laporan mengenai perjalanan pilihan raya. Peranan ini juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk orang awam,” kata beliau.
Segala aduan umum dan pemerhatian ketika proses berkempen sehinggalah ke waktu penjumlahan undi nanti boleh disalurkan kepada IDEAS melalui laman sesawang mereka di www.pemerhati.my atau e-mel di [email protected]
Untuk PRU-13 nanti, IDEAS bersama-sama dengan 15 badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain telah dilantik untuk melakukan pemerhatian.
Antara NGO lain yang dilantik termasuk Centre for Public Policy (CPPS), Malaysia Confederation of the Disabled (MCD) dan Merdeka Center for Opinion Research (Merdeka Centre).
Wan Saiful ditemui semasa menjadi tetamu rancangan Agenda Awani terbitan Astro Awani pada Selasa.
Aizat Sharif
Wed Apr 10 2013
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.