KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memperbaiki prosedur mengundi yang sedia ada dalam memastikan jumlah peratusan keluar mengundi mampu dipertingkatkan terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut Pengerusi Bersih, Thomas Fann, apa yang berlaku pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan peratusan yang keluar mengundi begitu rendah mampu di atasi menjelang PRU15.
Jelasnya, terdapat beberapa faktor dilihat menyumbang kepada peratusan keluar mengundi itu gagal mencapai tahap yang ditetapkan.
“55 peratus (keluar mengundi) bukanlah satu angka yang besar. Cabaran untuk SPR adalah untuk memudahkan akses kepada mengundi supaya membolehkan lebih ramai yang terlibat dalam proses pilihan raya.
“Ramai orang terutamanya golongan muda yang berada di luar atas sebab kerja. Mereka perlu satu kemudahan membolehkan mereka mengundi walaupun tidak hadir secara fizikal,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Malah jelasnya, polemik politik semasa sejak dua tahun kebelakangan ini yang menyaksikan berlakunya perubahan kerajaan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri amat membosankan rakyat terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Katanya, apa yang mereka lebih cenderung dan menarik minat mereka sekarang ini adalah mengenai isu-isu penting termasuk kos sara hidup pendidikan dan sebagainya yang dilihat lebih penting untuk ditawarkan dan diperbaiki.
Tambahnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika PRN Johor baru-baru ini juga perlu dilihat kembali keberkesanannya termasuk membabitkan isu larangan mengundi terhadap mereka yang positif COVID-19.
Ia katanya sama sekali tidak sepatutnya berlaku dan bertentangan dengan amalan demokrasi selain jaminan perlembagaan yang telah diberikan kepada mereka yang layak mengundi.
“Halangan yang dikeluarkan di mana pengundi yang positif COVID-19 dilarang mengundi, pada pandangan kami, jelas menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengundi yang sudah terjamin dalam perlembagaan.
“Sesiapapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau pegawai kesihatan, tidak boleh menghalang sesiapa untuk mengundi. Kita dapat laporan bahawa terdapat kejadian di mana mereka yang didapati dalam MySejahtera mereka (berstatus) 'merah' dan dalam kuarantin telah dihalang daripada mengundi," jelasnya lagi.
Sementara itu, pihak Bersih mengalu-alukan orang ramai yang telah berdepan pengalaman yang sama supaya tampil membuat aduan kepada mereka.
Thomas menekankan, pihaknya mengambil serius perkara tersebut dan akan melaksanakan proses undang-undang termasuk memfailkan kes tersebut di mahkamah.
“Kita akan saman KKM dan SPR yang tidak melindungi hak orang ramai untuk mengundi. Ini adalah satu perkara yang kita rasakan sebagai sekatan, yang diharap akan diselesaikan sebelum PRU15 supaya kita tahu bahawa ia jelas adalah hak fundamental pengundi," katanya.
Sehingga kini, pihaknya sedang memperkemaskan dua atau tiga kes laporan mengenai hal tersebut yang akan difailkan di mahkamah sedikit masa lagi.
Malah katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika SPR sudahpun mempunyai kemudahan untuk melaksanakan pendekatan yang lebih realistik bagi membolehkan proses undi itu dilaksanakan terhadap mereka yang positif dijangkiti COVID-19.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Mar 19 2022
Menurut Bersih, halangan terhadap pengundi yang positif COVID-19 daripada mengundi adalah bertentangan dengan perlembagaan. - Gambar fail
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.