KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat, penyediaan lebih banyak program bermanfaat buat belia mampu mengelakkan mereka daripada kahwin awal termasuk kahwin bawah umur.
Bercakap di Dewan Rakyat pada Khamis, beliau berkata, program-program sebegitu diharap dapat membuka peluang dari segi pendidikan dan kemahiran buat belia.
Tambahnya, ia sekali gus memberi peluang untuk mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik dan mengelak mereka daripada memilih untuk berkahwin pada usia sangat muda.
“Ini perkara yang perlu kita kemaskan lagi, perbanyakkan lagi. Saya berpandangan bahawa program yang pihak KBS sendiri lakukan perlu diperkemaskan dan diperbanyakkan lagi dengan bantuan semua pemimpin masyarakat.
“Jika kita dapat bekerjasama dengan baik, InsyaAllah masalah yang kita sebutkan ini dapat dikurangkan.
“Soalan tadi berkenaan KPI (Petunjuk Prestasi Utama), saya mohon ampun maaf kerana saya sendiri tidak ada maklumat mengenai apakah KPI. Tapi saya sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang telah kita laksanakan,” katanya.
Tegasnya, bukan hanya KBS namun semua pihak perlu bekerja lebih keras agar isu perkahwinan bahawa umur dapat diselesaikan dengan lebih baik selepas ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Kasthuri Patto (PH - Batu Kawan) yang membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat pada Khamis.
Katanya lagi, KBS juga sangat menggalakkan remaja dan belia terlibat secara aktif dalam program-program anjuran KBS seperti Program Kem Anak Muda, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Program Reben Kuning dan program lain.
“Dengan melibatkan diri dalam program-program berbentuk pemantapan jati diri dan pembinaan karakter serta membangun potensi diri, kami yakin ianya secara tidak langsung akan mengurangkan kecenderungan remaja atau belia untuk berkahwin awal.
“Is seterusnya dapat membantu membanteras perkahwinan bawah umur,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Thu Dec 02 2021
Faizal berpendapat, penyediaan lebih banyak program bermanfaat buat belia mampu mengelakkan mereka daripada kahwin awal termasuk kahwin bawah umur. - Foto BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
DUN Perak: Sudah tiba masa Perak haramkan perkahwinan bawah umur - Kor Ming
Katanya isu pedofilia harus disekat demi masa depan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.
Gadis sunti di India semakin 'laris', ibu bapa kalut cari menantu
Sebelum undang-undang had umur wanita dibenarkan berkahwin dari 18 tahun kepada 21 tahun dilaksanakan, ibu bapa mula sibuk nikahkan anak.
Isu perkahwinan bawah 18 tahun menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Meningkatkan umur perkahwinan kepada 18 tahun dan langkah membanteras perkahwinan bawah umur antara tumpuan.
Perbanyakkan program untuk belia, mampu bantu banteras kahwin bawah umur
KBS juga sangat menggalakkan remaja dan belia terlibat secara aktif dalam program-program anjuran KBS seperti Program Kem Anak Muda dan program lain.
Kerajaan komited tangani isu perkahwinan bawah umur - Rina Harun
Sejumlah 1,856 kanak-kanak direkodkan berkahwin pada tahun 2018 di Malaysia dengan 90 peratus daripada mereka melibatkan kanak-kanak perempuan.
Kahwin bawah umur: Kanak-kanak rugi sekurang-kurangnya dua tahun dalam pelajaran
Perkahwinan kanak-kanak bukan sahaja melanggar hak asasi manusia, malah merencatkan pembangunan pendidikan kumpulan bawah umur itu.
Kerajaan dalam usaha pujuk tujuh negeri pinda enakmen had umur perkahwinan bawah umur
Kerajaan dalam usaha untuk memastikan tujuh negeri yang belum bersetuju untuk meminda enakmen berkaitan penetapan had umur minimum perkahwinan kanak kanak bawah umur kepada 18 tahun.
Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid
Undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur perlu diwujudkan bagi mengelakkan eksploitasi terhadap hak kanak-kanak.
KPWKM pandang serius isu perkahwinan bawah umur
Siasatan awal mendapati pendaftaran perkahwinan itu dimohon oleh pasangan dan anggota keluarga tanpa unsur paksaan.
Isu imam nikah budak 11 tahun: 'Siapa nak lindungi hak dia?' - Aktivis sosial
Syed Azmi berkata dia melihat beberapa isu perlu diambil peduli terutama hak kanak-kanak perempuan tersebut.