KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembekalan projek solar hibrid kepada 369 sekolah di luar bandar di Sarawak berikutan status MySejahtera menunjukkan beliau kontak rapat kes COVID -19.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya itu berwarna jingga.
"Anak guam saya hadir hari ini dan kami menyuruh beliau tunggu di dalam kereta sama ada Yang Ariff mahu meneruskan prosiding atau melapangkan perbicaraan. Status MySejahtera suami beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) adalah merah," kata peguam itu.
Ketika ditanya Mohamed Zaini sama ada Datuk Seri Najib positif COVID-19, Jagjit menjawab: "Saya tidak pasti, tetapi saya dimaklumkan status (MySejahtera) beliau berwarna merah.
Hakim Mohamed Zaini berkata prosedur operasi standard (SOP) kompleks mahkamah itu hanya individu mempunyai paparan status MySejahtera berwarna biru boleh dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan manakala individu yang menjadi kontak rapat atau kasual, tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.
"Walaupun saya menegaskan beliau (Rosmah) untuk masuk ke dalam bangunan, namun pihak keselamatan di tingkat bawah tidak akan membenarkan beliau masuk, jadi mereka boleh membantah keputusan saya. Ini adalah peraturan ketat yang saya perlu patuhi. Jadi, saya akan melapangkan persidangan hari ini dan esok," kata hakim itu.
Beliau turut mengarahkan peguam bela supaya menyemak dan mengemas kini status MySejahtera Rosmah kerana perbicaraan perlu diteruskan pada Jumaat ini.
"Ini tanggungjawab yang perlu anda pikul...anda perlu memastikan anak guam anda mengemas kini status MySejahtera beliau dan memaklumkan kepada mahkamah mengenai sebarang perkembangan terkini. Jika statusnya biru (berisiko rendah), kami akan meneruskan perbicaraan pada Jumaat," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah, beliau telah dimaklumkan oleh peguam bela bahawa Rosmah telah menjadi kontak rapat dengan individu yang menghidap COVID-19.
Hakim Mohamed Zaini berkata warna merah bermakna individu terlibat didapati positif COVID-19, namun peguam menjawab beliau tidak pasti.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada Yang Arif kerana kami bersedia untuk meneruskan pemeriksaan balas ke atas Rosmah, tetapi bergantung kepada keputusan Yang Arif," kata Sri Ram, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini turut meminta pihak pembelaan menjelaskan kepada mahkamah mengenai alasan Rosmah gagal pulang ke tanah air selepas lawatannya ke Singapura pada 21 Nov sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah pada Oktober lepas.
"Daripada berita yang saya baca di akhbar, mengikut perintah yang saya keluarkan pada 15 Okt 2021, adakah anda ingin menjelaskannya? Kerana menurut arahan yang saya berikan itu, anak guam anda sepatutnya pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 Nov, dan berdasarkan apa yang saya baca di akhbar beliau tidak kembali pada tarikh tersebut.
"Tetapi perkara itu bagi saya, ia hanya khabar angin, saya ingin mendengar daripada anda sendiri Datuk Jagjit," kata hakim itu.
Jagjit menjelaskan bahawa terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan anak guamnya itu memandangkan terdapat perubahan pada peraturan kuarantin di bawah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang baharu antara Malaysia dan Singapura dan beliau mewakili Rosmah memohon maaf kepada mahkamah.
Bernama
Wed Dec 08 2021
Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut melapangkan perbicaraan yang dijualkan esok, selepas peguam Datuk Jagjit Singh memberitahu mahkamah bahawa status MySejahtera anak guamnya (Rosmah) itu berwarna jingga. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kes rasuah projek solar: Rosmah gagal cabar pelantikan pendakwa utama
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan Rosmah untuk mendapatkan kebenaran bagi permohonan semakan kehakiman atas alasan tiada merit dalam rayuan itu.
Rasuah projek solar: Keputusan rayuan Rosmah bagi semakan kehakiman ditetap 22 Jun
Mahkamah Rayuan tetapkan 22 Jun untuk keputusan rayuan Datin Seri Rosmah Mansor bagi semakan kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes rasuah projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis
Rosmah memfailkan petisyen rayuan dengan kemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini berat sebelah.
5 Okt pengurusan kes rayuan Rosmah ketepi sabitan dan hukuman
Rayuan Rosmah terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Okt.
Kes rasuah projek solar: Mahkamah dengar permohonan Rosmah kecualikan Hakim Zaini
Peguam Datuk Jagjit Singh memohon kepada mahkamah untuk memberikan tempoh masa bagi membolehkan pembelaan lebih bersedia.
Keputusan perbicaraan kes Rosmah dijangka diketahui hari ini
Rosmah akan mengetahui sama ada akan dibebaskan atau didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Rosmah gagal gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan.
Rosmah gagal batalkan kes rasuah, gugurkan Sri Ram sebagai pendakwa
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam usaha terakhir untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya berkaitan projek solar hibrid bernilai lebih RM1.25 bilion di Sarawak.
Projek solar: Mahkamah benar pendakwaan fail hujahan tambahan dalam kes Rosmah
Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar hujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.