Dua daripada lima tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 25 Jan lepas atas dakwaan memperdagang kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi membayar wang jaminan masing-masing RM50,000 dengan seorang penjamin hari ini.
Tertuduh Lim Soo Chin, 52, yang menghadapi satu tuduhan manakala D.C. Chin, 57, berdepan enam pertuduhan, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Kedua-dua wanita itu bersama dua lagi wanita dan seorang lelaki iaitu Ooi Ah Imm, 47, Lim Choon Liang, 63, dan Bahtiar Abas, 51, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 607) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di Taiping, Pantai Remis, dan Ipoh, Perak; Juru dan Teluk Kumbar, Pulau Pinang; serta Lunas di Kedah antara 28 Dis 2009 hingga 16 Jan lepas.
Mahkamah menetapkan 15 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Pada 24 Jan lepas, polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri itu, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awal Disember 2012, dan antaranya ialah penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
Siasatan awal polis mendapati bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga antara RM18,000 dan RM30,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina, lengkap dengan pakej dokumen pendaftaran serta perubatan.
Sindiket yang aktif sejak 2009 itu juga didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka.
Semalam Mahkamah Majistret Bukit Mertajam melanjutkan tempoh perintah reman selama tujuh hari terhadap dua wanita dan seorang lelaki yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penghantar makanan didakwa rempuh anggota polis ketika pemeriksaan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merempuh dan melanggar seorang anggota polis berpangkat koperal, minggu lepas.
Tanah jerlus Masjid India: Anwar zahir simpati, jamin SAR diteruskan
Perdana Menteri memberi jaminan operasi mencari dan menyelamat wanita warganegara India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India akan diteruskan.
Bekas penolong pengurus bistro didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000
Seorang bekas penolong pengurus sebuah bistro mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM38,000, tujuh tahun lepas.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
Kenaikan siling gaji diinsuranskan berkuat kuasa selepas pindaan akta
Kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada pekerja dan tanggungan mereka jika berlaku bencana kerja, ilat, kematian atau kehilangan pekerjaan.
Komitmen kerajaan bantu kurangkan beban kewangan Felda - Pengerusi
Jaminan itu memberi makna yang besar kepada Felda dalam usaha melaksanakan transformasi.
Muhyiddin dibenar ikat jamin RM2 juta enam pertuduhan
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin dengan dua penjamin selain memerintahkan Muhyiddin menyerahkan pasportnya.
'Tidak sesekali UMNO akan menipu rakyat' - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, sebagai Presiden UMNO, parti itu tidak akan sesekali menipu rakyat.
Tiada jaminan ubah kerajaan dapat selesai masalah negara - Ilham Centre
Hisomuddin menjelaskan, paling penting kini adalah untuk menyerahkan kepada Parlimen bagi menentukan keabsahan majoriti kerajaan sedia ada.
KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala.