KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan Perutusan Khas pada pukul 12.30 tengah hari ini.

Perutusan Khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen termasuk Radio Televsiyen Malaysia (RTM) dan Astro AWANI.

Setakat ini intipati berhubung Perutusan Khas itu masih belum dapat dipastikan.

Astro AWANI akan membawakan perkembangan mengenai Perutusan Khas tersebut di Saluran 501, aplikasi Live TV dan semua platform digital Astro AWANI. 

Semalam, Astro AWANI melaporkan UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin

[LAPOR LANGSUNG] Perdana Menteri tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong