Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera untuk generasi akan datang adalah antara tiga Amanat Merdeka yang digariskan Datuk Seri Najib Tun Razak demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.
Perdana Menteri menggariskan:
* Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.
* Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.
* Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.
Berucap menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-57 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, beliau berkata mengukuhkan solidariti rakyat ketika kebersatuan dalam kesedihan, sebagai contoh, dalam istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 adalah Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada orang awam.
Ini merupakan julung kalinya Najib menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa.
Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam ini.
Najib dalam amanat merdeka pertamanya itu menjelaskan rakyat bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara, 1Malaysia.
"Pokoknya, saudara dan saudari, kita telah tunjukkan kebersatuan itu sewaktu Hari Berkabung di seluruh negara tempohari, dan kita akan teruskan semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan, selamanya," katanya.
Dalam menghuraikan amanat merdeka keduanya mengenai memupuk keyakinan rakyat itu, beliau berkata masa depan yang cerah akan menjadi milik semua jika rakyat mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.
Najib berkata pentadbirannya akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan kerajaan.
Menyentuh mengenai amanat merdeka ketiga iaitu mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera, beliau berkata: "Walau apa dugaan melanda, walau apa ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita".
"Apa yang ingin pihak kerajaan jelaskan, usahlah diperbanding-bandingkan, tentang penghormatan tertentu yang diberikan kepada mangsa tragedi MH17 bahawa kononnya kenapakah istiadat tertinggi sedemikian tidak diwajarkan juga kepada para perajurit dan anggota keselamatan dalam peristiwa Lahad Datu," katanya.
Najib berkata hasutan itu adalah memesongkan dengan niat yang tidak baik.
"Jelasnya, sekali lagi saya menegaskan bahawa jasa para wira negara ini akan sentiasa disanjung tinggi dan mendapat tempat utama dalam kenangan bakti yang telah dicurahkan," katanya.
Mengenai Pelan Pemulihan Malaysia Airlines (MAS), Najib mengajak rakyat supaya memberikan sokongan terhadap pelan itu.
Beliau berkata hakikatnya, negara memang memerlukan sebuah syarikat penerbangan negara yang ampuh, berdaya saing, dengan mengambil ketetapan komersil tanpa mengorbankan kebajikan warga kerja serta berdaya maju.
Najib berkata negara juga telah berjaya berhadapan dengan seribu liku dan pancaroba.
"Sepanjang tempoh itu, telah terpancar wajah kemerdekaan hakiki, yang jika dilihat dari segala sudut, merangkumi aspek merdeka hati, merdeka jiwa, merdeka semangat dan merdeka meraikan kemajmukan," katanya.
Majlis itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Bernama
Sat Aug 30 2014
Perdana Menteri menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-57 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic)
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.