Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khuatir pergolakan yang berlaku di Ukraine akan terus menjadi penghalang akses ke lokasi nahas.
Ia sekali gus bakal menjejaskan usaha negara untuk membawa dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.
Najib berkata demikian kepada Reuters ketika menghadiri persidangan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 di Dubai.
“Penyiasatan ini akan melalui satu proses yang panjang, tetapi kita perlu lakukannya. Kita perlu buktikan yang pihak bertanggungjawab harus menerima hukuman setimpal.
"Ini kerana, sesiapa sahaja tidak boleh menembak jatuh mana-mana pesawat awam, walaupun dengan alasan ia tidak disengajakan” kata Najib.
Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai.
Kiev menyalahkan pemberontak pemisah di timur Ukraine dan menuduh Moscow sebagai dalang bertanggungjawab membekalkan senjata kepada mereka.
Walau bagaimanapun, pihak pemberontak dan Moscow menafikan tuduhan tersebut.
Kata Najib, proses penyiasatan terbatas dan masih belum memadai.
“Puak pemisah masih berperang antara satu sama lain dan terlalu banyak kelompok kecil, menjadikan usaha itu sangat berisiko kepada kita.
"Dalam masa yang sama, sangat mengecewakan apabila pihak penyiasat tidak beroleh akses ke lokasi nahas. Penyiasatan setakat ini masih belum memadai,” kata Najib.
Najib turut memberitahu Reuters bahawa harapan yang sama turut diletakkan dalam usaha merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.
Pencarian MH370 diteruskan dengan menggunakan kapal pencari dasar laut, GO Phoenix.
"Sekarang, kita menggunakan teknologi yang paling canggih di bawah perbelanjaan Malaysia. Semoga pada bulan-bulan yang mendatang akan ada kejayaan.
"Tetapi jika anda bertanya kepada saya berapa lama masa yang akan diambil? Tiada siapa yang boleh memberikan jawapan itu," kata Najib.
Astro Awani
Wed Oct 29 2014
NAJIB: Sesiapa sahaja tidak boleh menembak jatuh mana-mana pesawat awam walaupun dengan alasan ia tidak disengajakan. -Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.