KUALA BERANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengambil masa kira-kira lima jam untuk memindahkan seekor gajah jantan liar di Kampung Basung, di sini, hari ini.
Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata haiwan liar seberat 2.5 tan itu ditangkap kira-kira pukul 3 petang Isnin lepas melalui kaedah tembakan ubat pelali.
Beliau berkata sebelum operasi tersebut pihaknya telah membuat pemantauan sejak 18 Ogos lepas, susulan aduan penduduk kampung mengenai sekumpulan gajah yang sering berkeliaran dan merosakkan tanaman.
"Hari ini, kita menggunakan dua ekor gajah denak betina iaitu Suria dan Kala dari Pusat Konservasi Gajah, Sungai Deka, Hulu Terengganu untuk proses memindahkan gajah liar berusia lingkungan 15 tahun itu.
"Hasil risikan di kawasan sekitar mendapati terdapat kira-kira 14 ekor gajah dalam kumpulan ini dan Perhilitan Terengganu akan terus memantau pergerakan gajah lain yang masih berkeliaran," katanya kepada pemberita selepas operasi pemindahan gajah berkenaan di sini.
Abdul Malek berkata gajah tersebut akan dilepaskan semula ke habitat baharu yang selamat dan jauh daripada penempatan penduduk.
Sementara itu seorang pekebun Mohd Salleh Hamid, 48, berkata masalah pencerobohan gajah di kawasan kebun sekitar Kampung Basung dan Kampung Pasir Dula berlaku berterusan sejak dua tahun lepas.
"Serangan gajah di sini semakin kerap apabila tiba musim buah-buahan sejak Julai lepas.
"Mereka bukan sahaja makan buah cempedak dan durian tetapi turut merosakan tanaman sehingga menyebabkan ramai pekebun mengalami kerugian sekitar RM3,000 hingga RM5,000 seorang," katanya.
Katanya penangkapan gajah itu sekurang-kurangnya telah mengurangkan kerisauan penduduk kampung terhadap ancaman gajah liar yang ada kala berkeliaran sehingga ke perkarangan rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Seekor gajah jantan liar berusia lingkungan 15 tahun yang ditangkap di Kampung Basung, Hulu Terengganu berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.