Perhimpunan Agung MCA Ke-63 pada 12 dan 13 Nov ini akan menyaksikan pengundian mengenai pindaan ke atas perlembagaan parti untuk meningkatkan jumlah perwakilan dalam pemilihan kepimpinan pusat.
Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata cadangan baharu sistem pemilihan itu akan membenarkan 32,825 wakil bahagian, dipilih dalam kalangan anggota cawangan untuk memilih pemimpin pusat di pusat pengundian yang ditetapkan.
"Ini berbeza dengan sistem semasa, yang hanya 2,385 perwakilan, dipilih daripada bahagian, yang dibenarkan mengundi kepimpinan pusat di ibu pejabat.
Matlamat akhir ialah untuk membenarkan setiap anggota untuk mengundi, tetapi sebelum kami mencapainya kami perlu memperluaskannya (sistem undian) untuk wakil bahagian terlebih dahulu," beliau memberitahu pemberita di Wisma MCA di sini pada Jumaat.
Ong berkata pindaan ke atas perlembagaan parti itu memerlukan undi dua pertiga daripada perwakilan pada perhimpunan agung nanti.
Kali terakhir MCA meminda perlembagaannya ialah pada 2012 untuk membenarkan pemilihan parti ditunda kepada 36 bulan daripada 42 bulan, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Dalam 2004, perlembagaannya dipinda untuk mengehadkan tempoh seseorang presiden itu berkhidmat tidak lebih daripada sembilan tahun atau tiga penggal.
Ditanya mengenai gesaan sayap Pemudanya supaya MCA menerima bukan Cina sebagai anggota gabungan, Ong berkata cadangan itu memerlukan "sesi percambahan minda yang amat serius" kerana ia boleh mengubah prinsip asas perlembagaan parti, yang menyatakan hanya rakyat Malaysia berketurunan Cina boleh diterima sebagai anggota parti.
"Mungkin kita boleh bermula dengan sebuah kelab gabungan pada awalnya, seperti yang ada pada PAS, Kelab Penyokong PAS," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Nov 04 2016
Menurut Ong, cadangan baharu sistem pemilihan itu akan membenarkan 32,825 wakil bahagian, dipilih dalam kalangan anggota cawangan untuk memilih pemimpin pusat. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Sumbangan politik: Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB
Saksi berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut adalah 'S Pat' untuk Shahril Sufian, Chan ('Prof') dan Ong ('OKC').
MCA tubuh dua jawatankuasa untuk transformasi
Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti dan Jawatankuasa Pembaharuan.
PDM Kampung Balun terus beroperasi bantu kemenangan calon BN
Sebenarnya, tidak timbul soal protes yang dikatakan pernah ditimbulkan timbalannya, Shukor Ahmad, yang kononnya kecewa dengan keputusan kepimpinan parti menggantikan Ong Ka Chuan dengan calon lain.
Kaji secara terperinci laporan Kanvas Belia TN50 - Pemuda MCA
Mereka perlu segera menyuarakan jika ada sebarang komen atau jika ada apa-apa yang mereka mahu menokok-tambah pada laporan itu.
PKS perlu berusaha tembusi pasaran bernilai tinggi
Usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Warga Malaysia rangkul anugerah aktor terbaik di ACFF 2017
Filem China 'Wolf Warrior 2' memenangi anugerah filem Rencana Terbaik sementara aktres Filipina, Laila Ulao diumumkan Aktres Terbaik menerusi filem 'Women of the Weeping River'.
TPPA: Malaysia akan ikut konsensus
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).
Proton Tg Malim perintis kilang automotif induk negara laksana industri 4.0
Kilang Proton Holdings Sdn Bhd yang terletak di Proton City, Tanjung Malim, Perak akan menjadi perintis kilang automotif induk di Malaysia.
SUV Proton dijangka dijual di bawah harga RM100,000 - laporan
Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.
Tiada negara Arab tekan Malaysia putuskan hubungan dengan Qatar
Ong Ka Chuan berkata, keadaan itu mungkin disebabkan tindakan Malaysia yang mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain.