Perhimpunan UMNO: "Orang dah jemput, saya pergi lah" - Tun M

Israr Khalid
November 29, 2015 05:02 MYT
DR MAHATHIR: Sepatutnya tiada ahli yang dihalang untuk datang ke perhimpunan parti.
Mantan presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau akan hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang akan bermula 8 Disember ini.
"Orang dah jemput saya, saya pergi lah. Ini parti saya, dan juga parti untuk semua orang Melayu.
"Sepatutnya tiada siapa pun ahli yang dihalang untuk datang ke perhimpunan ini," katanya selepas menutup Kuala Lumpur Summit 2015 di sebuah hotel di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Dr Mahathir dijemput untuk hadir ke perhimpunan terbabit kerana ahli-ahli parti masih menghormatinya.
#Dr Mahathir #Mahathir Mohamad #Perhimpunan Agung UMNO #Tun Mahathir #UMNO