KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmennya untuk melaksanakan segala perincian Bajet 2022 dengan penuh hemah demi kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia.
Katanya beliau mewakili Kerajaan Persekutuan berjanji akan memanfaatkan mandat yang diberikan kepada kepimpinannya dengan sebaik mungkin.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Bajet 2022 telah diluluskan dengan jayanya setelah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Parlimen yang telah memberikan sokongan kepada undian Bajet 2022 ini, khususnya daripada pihak pembangkang," katanya.
Menurut Perdana Menteri, beliau percaya kekuatan sesebuah pentadbiran itu turut terletak pada proses semak dan imbang yang cemerlang.
Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM332.1 bilion, terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan matlamat memulihkan ekonomi kesan pandemik COVID-19, dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara semalam.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bajet bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' berkenaan mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
Rang undang-undang itu yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri diluluskan di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin, selepas 13 hari tempoh perbahasan dan penggulungan bermula 22 Nov bagi setiap kementerian terlibat.
BACA: Bajet 2022 lulus dengan sokongan majoriti
Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2022 di peringkat dasar pada 18 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
Ismail berkata Bajet 2022 telah diluluskan dengan jayanya setelah mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen. - Foto BERNAMA
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).