Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 25 Nov, berkuat kuasa mulai 7 malam hingga 5 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata perintah berkurung yang masuk fasa ke-31 itu merangkumi tujuh daerah di kawasan pantai timur Sabah, melibatkan jarak tiga batu nautika.
Daerah terlibat ialah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan dan kesejahteraan pengguna perairan, para penyelidik antarabangsa, pelancong dan rakyat Sabah di daratan Esszone.
"Kita mahu pastikan ancaman penculikan oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina dapat dihindarkan kerana maklumat mendedahkan kegiatan 'Kidnapping For Ransom' (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh unutk melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata lanjutan perintah berkurung itu juga memudahkan penguatkuasa memantau pergerakan bot yang mencurigakan, menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.
Katanya, keputusan melanjutkan perintah berkurung itu turut mendapat sokongan pengusaha chalet dan pihak yang terlibat dalam aktiviti perikanan demi menjamin keselamatan perairan termasuk pulau-pulau di sempadan.
Katanya, kuasa diberi kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon bagi tujuan aktiviti perikanan atau bagi laluan yang mendesak.
Bernama
Mon Nov 09 2015
Daerah yang terlibat dengan perintah berkurung terbabit ialah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran. - Gambar Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut sehingga 25 Nov
Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 25 Nov, berkuat kuasa mulai 7 malam hingga 5 pagi.