Kerajaan telah memberikan kelulusan untuk beroperasi dengan syarat-syarat tertentu kepada pihak industri pembuatan yang berkenaan, terutamanya yang mengeluarkan produk-produk yang ditakrifkan sebagai kritikal.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ia perlu dilaksanakan dengan operasi pekerja di tahap minima dan penggiliran pekerja.

"Industri yang dipertimbangkan juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah saringan dan pencegahan wabak COVID-19 wajib dilaksanakan di peringkat syarikat demi keselamatan pekerja dan pelanggan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat yang diluluskan untuk beroperasi perlu memenuhi 14 syarat wajib.

Syarikat-syarikat yang diluluskan untuk beroperasi perlu memenuhi 14 syarat wajib
Industri pembuatan yang berkenaan:

Kerajaan bagaimanapun menegaskan bahawa kelulusan berkenaan boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi pihak industri.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga telah mengambil tindakan proaktif dengan
melaksanakan sesi libat urus bersama pihak industri pada 17 Mac 2020, dihadiri persatuan-persatuan industri dan dewan-dewan perniagaan.

Antaranya Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), American Malaysian Chamber of Commerce (AMCHAM) dan The Japanese Chamber of Trade and Industry, Malaysia (JACTIM) yang mewakili industri pembuatan negara.

Kerajaan juga menyambut baik kefahaman pihak industri berkaitan kewajaran peraturan kawalan pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

"Dalam hal ini, kerajaan amat prihatin dan memandang serius akan cabaran yang dihadapi oleh pihak industri dan turut mengambil maklum akan kepentingan sektor industri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa.

"Kerajaan akan terus bekerjasama dengan komuniti industri khususnya dalam memastikan perkhidmatan bekalan penting tidak terputus," ujar kenyataan itu.