KUALA LUMPUR: Peristiwa serangan 11 September 20 tahun lalu memberi corak baharu kepada geopolitik antarabangsa dan cara hidup penduduk dunia.
Pada masa sama, Penganalis Anti-Keganasan, UIAM, Dr. Ahmad El-Muhammady menjelaskan, ia turut membuka mata masyarakat antarabangsa untuk lebih tahu tentang Islam.
Jelasnya lagi, kesan perubahan geopolitik itu, timbul pelbagai bentuk krisis lain termasuk Islamophobia.
"Ia diperkuatkan lagi dengan pandangan pemikir-pemikir barat yang mengatakan bahawa Islam adalah puncanya. Namun kita perlu melihat dengan adilnya bahawa dengan berlakunya peristiwa 9/11 itu, minat masyarakat antarabangsa terhadap Islam meningkat.
"Selepas peristiwa itu, jualan Al-Quran dan buku mengenai Islam meningkat secara mendadak dan ini membuka mata masyarakat antarabangsa untuk mengetahui dan belajar apa itu Islam," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Malah, keadaan itu juga memperlihatkan semakin ramai yang mula memeluk agama Islam.
Selain itu, peristiwa itu turut menepati ramalan pemikir-pemikir barat bahawa akan berlaku pertembungan antara tamadun Islam dan tamadun barat kesan tragedi 11 September.
"Bagi saya, sebagai ahli akademik, peristiwa itu membentuk wacana tentang apa maksud agama Islam, jihad, usra, hijrah, dan infak. Istilah-istilah agama ini kalau kita faham.
"Kita mempunyai persepsi yang betul sebelum peristiwa itu. Namun selepas peristiwa 11 September, maksud itu telah dicemari dengan pelbagai tohmahan dan stigma," ujarnya.
Malah katanya, Islamophobia bukan sahaja berlaku dalam masyarakat barat sahaja, namun turut terjadi dalam masyarakat Islam atau Intra-Islamophobia.
"Kita akui wujud Islamophobia itu adalah kerana di dalam komuniti dan masyarakat Islam itu sendiri ada satu kelompok yang mempunyai pandangan ekstrem tentang sesuatu perkara. Kita akui bahawa wujudnya hakikat itu.
"Maka sebab itu timbulnya ketakutan dalam masyarakat Islam bahawa dalam kalangan kita ada pelampau. Benar," tambah beliau.
Rahimah Abdullah
Sat Sep 11 2021
Peristiwa serangan 11 September 2001 memberi corak baharu kepada geopolitik antarabangsa dan cara hidup penduduk dunia. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.