Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) bersetuju untuk membentuk syarikat usaha sama 50:50 untuk mengurus, mengendalikan dan menyelenggara rangkaian rel Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, persetujuan itu diperolehi selepas Perjanjian Tambahan (SA) oleh MRL dan CCCC pada 12 April.

"CCCC telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam operasi dan penyelenggaraan ECRL melalui 50:50 di mana CCCC akan menyediakan sokongan teknikal dan berkongsi risiko operasi selepas projek selesai," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, penglibatan CCCC akan menarik dan memacu pelaburan sepanjang koridor laluan rel, terutamanya dari China.

BACA: ECRL: Pembabitan rakyat tempatan dinaikkan kepada 40 peratus - PM


Dr Mahathir berkata, perjanjian asal oleh kerajaan terdahulu tidak mempunyai apa-apa klausa mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata, pembinaan ECRL akan disambung secepat mungkin.

Penjajaran baru ECRL itu akan mempunyai panjang keseluruhan 640 km.

Jajaran baharu itu akan mengelakkan pembinaan Genting Tunnel Genting sepanjang 17.8km dari Bentong ke Gombak.

Ia akan memberi sambungan terus dari Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang untuk dijadikan 'jambatan' antara kedua-dua pelabuhan itu.