Cabaran sosioekonomi yang dihadapi generasi kedua peneroka Felda menjadi isu utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pahang.
Pengerusi Perhubungan PPBM Pahang Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata PPBM Pahang membariskan lima calon dengan latar belakang Felda pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Antara situasi yang dialami anak-anak peneroka adalah masalah perumahan terbengkalai.
“Kerajaan sudah meluluskan pembinaan rumah untuk generasi kedua tetapi setelah bertahun-tahun banyak projek yang terbengkalai,” katanya kepada Astro AWANI.
Jelas Wan Mohd Shahrir, generasi kedua peneroka yang mengalami masalah ini menganggap Felda tidak mempunyai wang lagi untuk meneruskan projek-projek tersebut.
“Felda mempunyai rizab sebanyak RM9 bilion tetapi semua mengetahui ia mengalami kerugian yang teruk selepas diambil alih FGV.
“Ini bukan perkataan yang dibuat-dibuat. Ini dialami mereka sendiri,” katanya.
Selain isu perumahan, Wan Mohd Shahrir berkata generasi kedua Felda juga berdepan masalah pendapatan tidak menentu apabila tidak mendapat bayaran hasil tanaman seperti sawit pada waktu yang sepatutnya.
“Kita dengar keluhan mereka mendapat bayaran selepas sebulan setengah menjual hasil kepada Felda. Kalau dahulu seminggu sudah dapat bayaran sekarang tidak lagi,” katanya.
Beliau ditemui sewaktu majlis pengumuman calon PPBM peringkat parlimen dan negeri Pahang di Mentakab.
PPBM membariskan enam calon parlimen dan sembilan calon negeri.
Kerusi parlimen yang dipertandingkan termasuk Ahmad Pozi Yahaya P079 Kuala Lipis, Wan Mohd Shaharir P081 Jerantut, Mohd Ashraf Mustaqim P084 Paya Besar, Kamarul Ariffin Shahar P085 Pekan, Ahmad Farid Ahmad Nordin P086 Maran dan Mohammad Rafidee Hashim P087 Kuala Krau.
Manakala kerusi negeri melibatkan Alias Abd Rahman N03 Padang Tengku, Nordin Samat N09 Tahan, Dato Salim Abd Majid N21 Peramu Jaya, Afif Syirol Abdul Rahman N22 Bebor, Zuliana Mohamed N26 Chenor, Faizah Baharom N27 Chenor, Jidi Yaakob N39 Kemayan, Zulkarnain Mohamad Ridzun N40 Bukit Ibam dan Osman A. Bakar N41 Muadzam Shah.
Calon Paya Besar, Mohd Ashraf merupakan seorang bekas wartawan di salah sebuah portal terkenal negara.
Manakala Zuliana dan Faizah merupakan dua calon wanita yang diketengahkan untuk kerusi negeri.
Nuradilla Noorazam
Sun Apr 15 2018
PPBM Pahang membariskan lima calon dengan latar belakang Felda pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti. - Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Fiat Sapientia Virtus: Bung Wak, Bung Wek Wek chant for Amok
Nurtured on the carbo-laden wisdom of rice cooked in communal cauldron, Tan Sri Azman Mokhtar leaves Khazanah secure in the knowledge that the bonds bred through lasting brotherhood.
Menteri Besar Pahang dijangka angkat sumpah Sabtu
Mengakui bahawa kekalahan BN dan UMNO di beberapa negeri lain sebagai mengejutkan, Adnan berkata beliau akan duduk berbincang bersama pemimpin negeri untuk menilai kembali prestasi mereka.
Kekalahan di Bentong dan Raub sudah dijangka - Adnan Yaakob
Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lagi, tetapi BN tetap bekerja keras untuk memberi saingan sengit kepada Pakatan Harapan, terutamanya di Bentong.
Rehat sebentar dari politik Malaysia, hiburkan diri dengan Bruno Mars
Ketika rakyat Malaysia rancak berbual tentang keputusan PRU14, yang sedang diumumkan pada malam ini, penyanyi Bruno Mars menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pasangan suami isteri lumpuh separuh badan, tetap keluar mengundi
Walaupun lumpuh akibat angin ahmar, pasangan suami isteri Isa Ibrahim, 63 tahun dan Fatimah Kadir, 64 tahun tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Lebih 50 peratus pengundi Pahang keluar mengundi setakat tengah hari
Setakat ini, 388,156 pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka di 522 lokasi buang undi di seluruh negeri. Rekod daftar pemilih SPR menunjukkan terdapat 802,482 pengundi di Pahang.
Jangan emosi, pilihlah pemimpin yang tidak merosakkan akidah - Mufti Pahang
Mufti Pahang berpesan kepada pengundi supaya tidak telalu mengikut emosi sehingga menjadi mangsa provokasi pada PRU14.
'Pesta demokrasi' terbesar Malaysia, netizen beransur pulang hari ini
Bermacam kisah dan ragam dikongsikan netizen di media sosial sepanjang perjalanan untuk pulang mengundi.
PRU14: Impak media sosial terhadap pengundi
Sepanjang dekad lalu, apa yang berlaku dalam pilihan raya di seluruh dunia telah menimbulkan persoalan mengenai impak media sosial terhadap pengundi.
Persaingan tiga penjuru beri kelebihan kepada kita - Adnan Yaakob
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memilih untuk bersikap positif, melihat pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi parlimen dan negeri di Pahang sebagai pelonjak kemenangan.