Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag

Astro Arena
April 23, 2024 02:00 MYT
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi sokongan dan kepercayaan yang sama seperti yang dinikmati pengurus semasa, Erik ten Hag.
JOSE Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi sokongan dan kepercayaan yang sama seperti yang dinikmati pengurus semasa, Erik ten Hag.
Mourinho memenangi Piala Liga Inggeris (EPL) dan Liga Europa pada musim pertamanya di Old Trafford sebelum mengakhiri kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim berikutnya di tempat kedua.
Begitupun, pengurus kelahiran Portugal itu yang mendedahkan dia mengalami hubungan kerja yang sukar dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United, Ed Woodward dan dipecat pada Disember 2018 susulan siri keputusan yang buruk.
Nasib juara Inggeris 20 kali itu bertambah baik sejak pemergiannya, dengan pengurus Belanda, Ten Hag, menduduki kerusi panas berkenaan pada 2022 selepas tempoh Ole Gunnar Solskjaer dan jurulatih sementara, Ralf Rangnick.
“Hubungan saya dengan Ed Woodward adalah baik -– baik dari sudut pandangan peribadi,” kata Mourinho kepada Telegraph.

Manchester United has announced that Jose Mourinho has left the Club. We would like to thank him for his work during his time at Manchester United and wish him success in the future. #MUFC

— Manchester United (@ManUtd) December 18, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tetapi dari sudut pandangan profesional ia bukanlah yang terbaik.
“Saya seorang peminat bola sepak sejati. Ed datang dari latar belakang yang berbeza dan apa yang Ten Hag di Manchester United pada ketika ini tidak pernah saya miliki. Saya tidak mempunyai tahap sokongan seperti yang dinikmatinya. Saya tidak mempunyai tahap kepercayaan itu.
“Jadi saya pergi dengan sedih kerana saya rasa berasakan masih berada pada awal proses.
"Dalam beberapa ketika, saya rasa jika mereka mempercayai saya dan percaya kepada pengalaman saya, perkara mungkin jadi berbeza." - Stadium Astro
#Jose Mourinho #Manchester United #EPL #Erik ten Hag