Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak cenderung untuk menyokong mana-mana parti politik.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sokongan diberikan berdasarkan isu-isu yang dimajukan parti tersebut.
"Contohnya, ada yang menyatakan Perkasa menyokong PAS.
"Tidak, kami menyokong isu yang diperjuangkan PAS. Jika isu tersebut selari dengan keinginan kami untuk memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam dan Bumiputera, kami akan sokong," kata Ibrahim.
Bercakap kepada Astro AWANI dalam satu temubual eksklusif hari ini, beliau berkata, pendekatan yang sama diambil untuk parti-parti lain, termasuklah UMNO.
"Ada yang menuduh kami penyokong UMNO. Tidak, kami sokong perjuangan yang dimajukan UMNO.
"Jika Parti Amanah Negara (Amanah) ingin bekerjasama sekalipun, kami tiada masalah, asalkan ianya demi kepentingan golongan Islam dan Bumiputera," jelas Ibrahim.
Katanya, Perkasa akan terus memperjuangkan isu-isu ini walaupun tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak tertentu.
"Matlamat utama kami ialah kepentingan golongan Muslim dan Bumiputera. Perjuangan kami sentiasa akan diteruskan walaupun ada cabaran," kata Ibrahim.
Hafiz Marzukhi
Sun May 29 2016
IBRAHIM: Jika Parti Amanah Negara (Amanah) ingin bekerjasama sekalipun, kami tiada masalah, asalkan ianya demi kepentingan golongan Islam dan Bumiputera. - Filepic
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
PRN: Putra tiada masalah guna logo PN - Ibrahim Ali
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berharap dapat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Putra perhalusi gabungan Amanah Merdeka Rakyat
Putra menolak gabungan itu sekiranya ia turut disertai oleh parti DAP.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
PRN Melaka medan persiapan Putra ke gelanggang PRU15 - Ibrahim Ali
Langkah PUTRA bertanding pada PRN Melaka adalah sebagai persiapan parti itu untuk menghadapi PRU15, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.
PRN Melaka: Putra umum calon bertanding di lima kerusi DUN
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang membuat penampilan pertama kali dalam pilihan raya akan mempertaruhkan lima calon bagi bertanding kerusi DUN pada PRN Melaka.
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.
17 individu fail saman terhadap kilang cemar Sungai Gong
Tuntutan saman itu difailkan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, yang mewakili 17 individu.
Pas, UMNO tidak tamak untuk jadi PM - Tuan Ibrahim
PAS menafikan Muafakat Nasional tidak mempunyai calon berkelayakan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kerana menyokong pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin.