KANGAR: Kesemua masjid di Perlis dibenarkan dibuka sepenuhnya mulai esok (13 Okt) dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pengimarahan masjid secara berperingkat.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara SOP utama mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.
"Selari dengan suasana semasa dan kebenaran diumumkan kerajaan, beberapa perkara terdahulu yang dihadkan dengan ini dibenarkan seperti tiada lagi had kehadiran hanya kepada anak kariah dan mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri juga dibenarkan hadir ke masjid.
"Namun bagi mereka yang berstatus 'Person Under Investigation', 'Person Under Surveillance' dan berisiko dijangkiti, bergejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak, selesema tidak dibenarkan hadir ke masjid," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Baginda bertitah, sebarang sentuhan fizikal seperti bersalaman adalah dilarang dan penjarakan fizikal perlu terus diamalkan sama ada ketika mendirikan solat, sesi kuliah atau ceramah.
Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, jemaah juga digalakkan agar memakai pelitup separuh muka jenis N95 atau K95 dengan kaedah dua pelitup muka, dilengkapkan dengan pelindung muka (face shield).
"Semua aktiviti pengimarahan sama ada solat fardu, solat Jumaat, solat jenazah, kuliah agama, ceramah dan akad nikah dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP. Namun aktiviti jamuan hendaklah dilaksanakan secara edaran.
"Semua masjid di seluruh Perlis tertakluk kepada arahan SOP ini, manakala surau atau tempat solat umum kekal tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada agensi, institusi, parti, maahad tahfiz, melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara SOP utama mesti dipatuhi ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Perlis benar masjid dibuka sepenuhnya mulai esok
Antara SOP ialah setiap jemaah haruslah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap, sama ada bagi dewasa atau kanak-kanak.