KUALA LUMPUR: "Saya akan berdebar, sedih, menangis setiap masa, tiada selera makan, selalu dalam fasa penafian (denial), salahkan diri sendiri. Saya tidak fikir apa kesan (jika saya bunuh diri) kepada ibu bapa, apatah lagi diri sendiri."
Itu luahan Azura (bukan nama sebenar), yang pernah cuba untuk mengakhiri hidup akibat tekanan perasaan melampau yang dialaminya kira-kira tiga tahun lalu.
Namun beliau antara yang bernasib baik kerana dapat diselamatkan dan kini dalam proses pemulihan.
Mengenang kembali situasi ketika berhadapan dengan konflik dan kecelaruan emosi, Azura berkata tidak semua orang termasuk mereka yang terdekat mudah menerima dan memahami keadaan dirinya ketika itu.
"Teman sebilik saya sendiri sampai satu tahap dia cakap "dahlah, aku malas nak ambil tahu tentang kau dah. Masalah kau ini buat aku tak fokus belajar". Ada juga yang bercakap kepada ibu saya "bawalah anak puan ke hospital, dia gila kot". Sebab saya selalu bercakap seorang diri," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Azura berkata pelbagai usaha dilakukan untuk pulih dan ia satu perjalanan yang panjang. Sepanjang proses itu beliau selalu berharap masyarakat dapat memahami selain mendoakan kesembuhan mereka yang pernah cuba bunuh diri.
EMPATI
Umum mengetahui masyarakat perlu dididik untuk mempunyai empati, peka dan mengenal pasti tanda-tanda amaran yang berlaku sama ada pada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan sejawat.
Sokongan emosi dan pelbagai aspek bantuan lain juga perlu disediakan, namun hakikatnya masyarakat secara amnya masih perlu sentiasa diingatkan kerana bukan mudah mengikis stigma.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih 703,000 kes kematian bunuh diri setiap tahun dengan purata satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat.
Bunuh diri juga antara 10 penyebab utama kematian di dunia dan penyebab keempat kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.
Pada tahun 2019, satu dalam 100 kematian (1.3%) adalah disebabkan bunuh diri.
Bagi setiap nyawa yang terkorban, dianggarkan bahawa seramai 135 ahli keluarga atau rakan-rakan akan mengalami impak secara emosi, sosial dan ekonom.
Tekanan akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu menjadikan situasi bertambah runcing.
Sejumlah 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2020 (Jan-Julai 2020) iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak.
Jumlah kes pada 2019 ialah 609 dan ia meningkat kepada 631 kes pada 2020.
Secara purata, sebanyak dua kes dicatatkan setiap hari sepanjang tempoh 2019 hingga Mei 2021 dan antara punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri adalah tekanan perasaan, faktor kewangan serta masalah keluarga.
KENALI SIMPTOM AWAL
Pengarah dan Psikologis Klinikal WeCare Allied Health, Shazeema Mashood Shah berkata bunuh diri adalah perbuatan mengambil nyawa sendiri akibat daripada masalah mental atau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka ingin menamatkan hidup.
"Mungkin ada yang tertekan kerana masalah kesihatan mental, kadang-kadang ada yang mengalami masalah serius dan tidak dapat keluar daripada masalah itu. Mereka nampak ada hanya satu jalan iaitu bunuh diri," katanya.
Dalam usaha mengekang bunuh diri, Shazeema berkata ada beberapa simptom awal yang boleh dikenalpasti terutama jika keadaan itu berlaku dalam kalangan orang terdekat.
"Kita boleh tengok salah satu rutin mereka terganggu. Contohnya tidak dapat tidur, tidur terlalu banyak atau mungkin kita dapat tengok mereka tidak makan, tidak minum dan perangai mereka berubah seperti daripada seorang yang banyak bercakap tiba-tiba menjadi pendiam dan tidak berkomunikasi.
"Kita boleh perasaan mood mereka down, sedih - ada yang tidak betul dengan perwatakan mereka. Mungkin mereka ada sejarah kesihatan mental dan ada peristiwa berlaku menyebabkan mereka berpotensi membunuh diri," jelasnya.
Menurut Shazeema dengan berkomunikasi, berbincang dan berusaha mendengar keluhan atau cerita dapat membantu mereka mendapatkan bantuan yang diperlukan.
"Kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana nak respon atau mungkin masa mereka sedang bercerita, kita potong cerita mereka. Perkara seperti itu akan menghalang mereka meluahkan isi hati dan perkara ini sangat tidak baik untuk mangsa. Lebih baik kita dengar apa yang mereka luahkan," katanya.
Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, bantu mereka mendapatkan rawatan pakar atau hubungkan mereka dengan perkhidmatan yang sedia ada.
INISIATIF DAN BANTUAN
Shazeema berkata banyak inisiatif yang pihak berwajib boleh lakukan untuk mengekang kejadian bunuh diri. Selain menyediakan talian hotline untuk individu terkesan, antara bantuan lain ialah dalam bentuk kewangan dan perlindungan.
Dalam masa sama Shazeema juga menasihatkan mereka yang ada kecenderungan membunuh diri untuk berjumpa dengan doktor dan menerima rawatan sewajarnya.
"Semua orang ada masalah. Mereka perlukan bantuan. Adalah normal (untuk mendapatkan bantuan) kalau di luar negara seperti Amerika Syarikat, jadi kita kena buka minda untuk menerima," katanya yang mengakui kesedaran awam dalam tempoh beberapa tahun ini semakin baik disebabkan pendedahan di media sosial.
Bagi Azura pula, mendekatkan diri dengan perkara posiitif dan ilmiah serta selalu memikirkan ibu bapa dan berkongsi masalah dengan keluarga banyak membantu.
"Segera ambik keputusan untuk move on. Pergi jumpa doktor, doktor tak akan hakimi kita. Bila dapat terapi tu insyaAllah kita akan sembuh, tapi kita kena tolong diri sendiri.
"Jangan letak pengharapan yang tinggi kepada manusia, perbaiki hubungan dengan Allah. Kepada masyarakat, jangan hindarkan diri, cukup jadi pendengar. Janganlah kritik dan doakan mereka mendapat hidayah serta boleh melalui semua benda itu dengan baik," tambahnya.
Bunuh diri boleh dicegah. Yang penting kita sebagai masyarakat harus prihatin, mendengar, mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka yang memerlukan. -- BERNAMA
* Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
* Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7627 2929 atau e-mel kepada [email protected] selain di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube untuk bantuan.
* Artikel ini ditulis sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021 pada 10 September.
Bernama
Fri Sep 10 2021
Mendekatkan diri dengan perkara positif dan ilmiah serta selalu memikirkan ibu bapa dan berkongsi masalah dengan keluarga banyak membantu. - Gambar hiasan/Unsplash
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Bajir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
AWANI Pagi: Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda
Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham membincangkan mengenai kepentingan menderma darah khususnya untuk membantu mereka yang alami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah. Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara KKM, Dr Tun Maizura Mohd Fathullah mengajak masyarakat di luar sana tampil menyahut seruan murni ini.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Murung: Bintang Brazil Richarlison pernah terlintas tamatkan riwayat sendiri
Penyerang Brazil dan Tottenham, Richarlison, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas Piala Dunia 2022.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima data yang membimbangkan mengenai tahap kesihatan mental sebahagian rakyat Malaysia termasuk berkaitan kecenderungan untuk membunuh diri.
Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Dia ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.
Anak Kurt Cobain kahwin dengan anak legenda skateboard, Tony Hawk
Vokalis Nirvana, Kurt Cobain telah lama meninggal dunia namun media massa masih mengikuti kisah anak perempuan tunggalnya, Frances Bean Cobain.
Hampir 40,000 rakyat Korea Selatan maut akibat bunuh diri dalam tempoh tiga tahun lepas - Data
Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menyaksikan peningkatan, dengan seramai 39,453 golongan belia maut.
Bilangan rakyat Indonesia dapatkan bantuan isu kesihatan mental meningkat
-Ramai yang berminat tetapi mereka malu, enggan, takut untuk dihakimi sekiranya mereka pergi berjumpa pakar psikologi."
Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.
Proses pindaan undang-undang nyahjenayah cubaan bunuh diri selesai di peringkat Parlimen
Ia antara lain bertujuan memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk melakukan penyelamatan terhadap individu yang cuba bunuh diri.