Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata banyak perkara yang baik boleh dipelajari daripada kebudayaan seperti perpaduan, kelestarian gaya hidup, perlindungan sumber asli dan pemuliharaan budaya peribumi.
"Pesta kebudayaan yang telah lama diamalkan bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan, malah menjadi satu tarikan kepada pelancong untuk merasai kepelbagaian yang terdapat di Malaysia.
"Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut sedikit masa lagi memberi peluang kepada kita bersama-sama merayakan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia," katanya berucap pada Pesta Naga dan Tarian Singa.
Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa membuat pembaharuan untuk faedah rakyat dan akan mengambil kira pandangan serta kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
"Marilah kita terus kekal bersatu dan bergerak maju menuju masa depan," katanya.
Bernama
Sat Feb 02 2013
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Permodenan tidak harus sekat rakyat perkukuh budaya
Permodenan dan kemajuan tidak seharusnya menghalang rakyat daripada menghargai dan memperkukuh budaya yang diamal masyarakat berbilang kaum.