Pemohon baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta membuat permohonan mulai 1 Dis depan manakala penerima sedia apa perlu mengemas kini semula maklumat peribadi bagi memastikan proses bayaran berjalan lancar.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata proses permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https//:ebr1m.hasil.gov.my sehingga 31 Dis.
Proses tersebut juga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini dan dikembalikan ke mana-mana cawangan/pusat khidmat hasil/Pusat Transformasi Bandar LHDNM atau pejabat daerah.
"Kerajaan telah menghantar surat mulai 1 Nov ini untuk meminta penerima sedia ada mengemas kini maklumat peribadi merangkumi pasangan/tanggungan;alamat terkini untuk memastikan tidak berlaku keciciran semasa proses pengeposan surat.
"...maklumat tepat akaun bank pemohon memandangkan pembayaran BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali setahun dan maklumat waris pemohon di bawah kategori isi rumah serta warga emas bagi tujuan pembayaran khairat kematian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, bagi memudahkan penerima sedia ada, kerajaan akan menghantar Borang Kemas Kini mengikut alamat dalam rekod mulai 24 Nov ini.
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected].
Pembayaran BR1M 2015 akan dibayar tiga kali setahun kepada penerima di bawah kategori isi rumah manakala bagi penerima di bawah kategori individu dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, bantuan sekali bayaran sebanyak RM350 akan diberi mulai 28 Jan 2015.
Bagi kategori isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, nilai BR1M adalah sebanyak RM950 dan bayaran pertama sebanyak RM300 akan dibuat pada 28 Jan, RM300 (28 Mei) dan RM350 (28 Sept).
Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 nilai BR1M adalah sebanyak RM750 dengan bayaran pertama sebanyak RM200 pada 28 Jan, RM200 (28 Mei) dan RM350 (28 Sept).
"Pembayaran BR1M 2015 secara berperingkat diharap dapat membantu meringankan belanja bulanan dan merancang perbelanjaan isi rumah," katanya.
Ahmad Husni berkata memandangkan masih terdapat ramai penerima yang belum membuat penuaian BR1M 2014, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penuaian sehingga 30 Nov 2014.
"Penuaian boleh dilakukan terus di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dan penerima hanya perlu mengemukakan kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan serta semakan," katanya.
Sementara itu, bagi Skim Perlindungan Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M), sehingga kini sebanyak 16,540 tuntutan telah diluluskan dan waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015.
Borang tuntutan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27152716 atau emel ke [email protected].
Bernama
Thu Nov 20 2014
Permohonan baharu BR1M bermula 1 Disember ini - Ahmad Husni
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.