KUALA LUMPUR: Sebarang permohonan baharu atau penyambungan surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) bagi tapak perlombongan dalam kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan lagi berdasarkan dasar semasa.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, walaupun kerajaan menggalakkan usaha membangunkan industri mineral, namun, kerajaan masih berpendirian tidak akan menyokong dan mengeluarkan sebarang surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) sekiranya permohonan perlombongan adalah di atas tanah berstatus Hutan Simpan Kekal (HSK) atau rizab perlindungan dan kawasan yang diwartakan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS)
"Pada masa sama kerajaan negeri juga telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja atau pun Stop Work Order kepada semua aktiviti perlombongan pada 17 Mei 2021 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.
"Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan moratorium dengan menghentikan semua aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini pada 17 Jun 2021 dan beberapa tindakan pencegahan turut diambil termasuklah pemantauan kualiti air Tasik Chini, penguatkuasaan arahan penyediaan laporan EIA, pewartaan rizab Hutan Simpan Chini (tambahan) dan memperluaskan Rizab Biosfera UNESCO," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fuziah Salleh (PH-Kuantan) mengenai tindakan kerajaan untuk merawat dan memulih kembali kawasan Tasik Chini supaya tidak hilang status Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Takiyuddin memaklumkan, pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.
"Mengikut rekod Jabatan Mineral dan Geosains hanya tiga pajakan melombong (ML) yang masih berkuat kuasa di dalam kawasan MAB Tasik Chini iaitu ML14/2020 (luput pada 16 September 2025), ML15/2020 (luput pada 16 September 2025) dan ML15/2011 (luput pada 21 September 2022)," tambahnya.
Dalam pada itu, katanya, pada tahun ini, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melaksanakan program pemulihan dan penghutanan semula sekitar kawasan Tasik Chini.
"Ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal Chini dengan peruntukan sebanyak RM800,000 di bawah inisiatif bajet Kumpulan Wang COVID-19 (KWC), Kementerian Kewangan Tahun 2022-Pemerkasaan Komuniti dan Pemuliharaan Kawasan Rizab Biosfera Tasik Chini," katanya.
Menjawab soalan tambahan Fuziah, Takiyuddin berkata, kementeriannya sedang menggerakkan usaha penanaman pokok secara besar-besaran dalam masa terdekat bagi tujuan pemulihaan kawasan terbabit.
"Saya yakin dan percaya tindakan diambil ini tidak akan menyebabkan status UNESCO itu ditarik balik. Saya akan gerakkan penanaman pokok secara besar-besaran dan akan membabitkan semua pimpinan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pahang dalam waktu terdekat untuk memulihkan keadaan sebenar di Tasik Chini," katanya.
Kelmarin, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya pajakan lombong di Tasik Chini yang tamat tempoh, tidak disambung dan kawasan itu dihijaukan semula dengan segera.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022
Takiyuddin Hassan berkata, walaupun kerajaan menggalakkan usaha membangunkan industri mineral, namun kerajaan masih berpendirian tidak akan menyokong dan mengeluarkan sebarang surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong. - Gambar fail/ Japen
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.