ASTRO AWANI ingin memohon maaf atas penerbitan artikel bahasa Melayu bertajuk 'Tindakan Ku Li kembalikan asas negara tepat pada masa. Ini sebabnya..' - Shad Faruqi dan bahasa Inggeris bertajuk 'Ku Li has always held true, tries to bring the country back to its founding principles' - Shad Faruqi, yang ditulis tanpa kesahihan sumber.
Artikel ini sebenarnya tidak pernah ditulis oleh Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan ia dihasilkan tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.
Apa sahaja kandungan dalam artikel berkenaan juga bukan pandangan Prof Shad sebaliknya ia merupakan bentuk penulisan tidak beretika yang berlaku atas kekhilafan pihak Astro AWANI.
Ia berpunca daripada salah faham antara pihak kami dengan pihak pejabat Tengku Razaleigh Hamzah berhubung maklumat serta penulisan berkaitan pandangan berkenaan yang sebenarnya datang dari orang lain dan bukannya Prof Shad.
Sehubungan itu, Astro AWANI sekali lagi memohon maaf kepada Prof Shad atas kealpaan ini dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
Astro Awani
Fri Oct 16 2020
Permohonan maaf kerana menyalah guna nama Pakar Perlembagaan Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Permohonan maaf kerana menyalah guna nama Pakar Perlembagaan Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi
Ia berpunca daripada salah faham antara pihak kami berhubung maklumat serta penulisan berkaitan pandangan berkenaan.
Nurul Izzah kemuka kenyataan maaf kepada Raja Nong Chik
Kes saman Datuk Seri Raja Nong Chik terhadap Nurul Izzah selesai selepas MP Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka.