Permuafakatan kukuh antara semua komponen parti Barisan Nasional (BN) menjadi asas untuk kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, BN merupakan sebuah entiti yang mempunyai struktur tersusun serta berdisiplin, dan permuafakatan yang wujud menunjukkan anggotanya mementingkan parti melebihi perkara lain termasuk berbesar hati menerima calon yang terpilih untuk bertanding.
"Tak kira MCA jadi calon, itu adalah BN. Tak kira UMNO jadi calon, itu juga BN. Tak kira MIC jadi calon, itu juga BN.
Kalau ada permuafakatan macam ini, 9 Mei nanti Putrajaya akan terus jadi milik kita," kata Pengerusi BN itu pada majlis ramah mesra bersama penduduk Parlimen Wangsa Maju di sini malam tadi.
Antara yang hadir pada majlis itu calon BN bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju Datuk Seri Yew Teong Look, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah serta ribuan penduduk dan pengundi di kawasan itu.
Najib dalam pada itu berkata beliau berpuas hati dengan jentera BN Wangsa Maju yang begitu teguh semangatnya kali ini.
Beliau turut memberi penghargaan kepada Shafei kerana meletakkan ketaatan dan kesetiaannya kepada parti.
Parlimen Wangsa Maju, sebuah kerusi kawasan bandar mempunyai 88,482 pengundi yang mana 60 peratus daripada mereka adalah Melayu, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Yew, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PKR) dan Razali Tumirin (PAS).
Dalam pada itu, Najib berkata keberkesanan BN juga ternyata apabila tiada seorangpun daripada calonnya ditolak pencalonan mereka pada proses penamaan calon 28 April lepas, berbeza dengan pihak lawan yang menyaksikan beberapa calon mereka gagal dicalonkan.
"Ada calon yang lupa bawa IC (kad pengenalan) hampir-hampir tak layak tanding. Banyak calon pembangkang kena disqualified (dibatalkan). Isi borang pun tak reti," katanya.
"Tubuh parti bunga, pendaftaran dibatalkan kerana tak ada mesyuarat cawangan dan bahagian. Alih-alih ada mesyuarat tahunan," katanya secara sinis.
Dalam pada itu, Najib menegaskan pembangkang tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil kerana saling tidak percaya antara satu sama lain.
Beliau seterusnya berkata, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad diperkuda oleh pembangkang untuk memecah belah undi Melayu.
"Mereka memperkudakan Dr Mahathir. Seorang yang berumur 93 tahun ... ada banyak kekurangannya, tetapi diajak dan dipaksa untuk pecahkan undi Melayu.
Ini jelas mereka mempergunakan satu sama lain. Ini bukan soal gua caya sama lu. Ini ialah gua nak guna lu saja," katanya.
Najib juga berkata BN mempunyai agenda yang jauh ke hadapan untuk terus membangunkan negara supaya kemakmuran akan dapat dinikmati semua.
Beliau mempunyai cita-cita besar untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat di Wilayah Persekutuan termasuk dengan pembinaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang moden dan efisien.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 01 2018
Najib melaungkan kata-kata semangat bersama Calon BN Parlimen P.116 Wangsa Maju Yew Teong Look dan Jentera BN Wangsa Maju pada Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat Parlimen Wangsa Maju di PPR Gombak Setia malam tadi. - fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.