Lembaga Tabung Haji (TH) menugaskan sebanyak 12 pegawainya sebagai peronda bagi membantu jemaah haji Malaysia yang tersasar atau dalam kesusahan di kawasan-kawasan tertentu di sini.
Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan TH, Abu Shukor Jangga berkata, pasukan peronda terdiri daripada anggota polis bantuan dan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) itu bertugas secara dua giliran dan membuat rondaan di sekitar kawasan Masjidil Haram dan lokasi tertentu yang dikenal pasti.
"Saya menasihati jemaah Malaysia agar sentiasa bergerak dalam kumpulan dan sentiasa memakai gelang serta lencana nama yang diberikan oleh TH supaya mereka boleh dikenali oleh pasukan peronda jika tersasar atau tidak jumpa jalan pulang ke maktab masing-masing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, bagi jemaah haji Malaysia yang ingin membuat umrah sunat, mereka diingatkan supaya tidak menaiki teksi berseorangan sebaliknya mencari kawan untuk bergerak secara berkumpulan.
TH hanya menggendalikan umrah wajib iaitu umrah kali pertama ketika jemaah memasuki kawasan tanah haram di sini.
Abu Shukor berkata, pada tahun lepas, sebanyak 673 kes jemaah tersasar dilaporkan berlaku tetapi kesemua mereka telah dibantu oleh pasukan peronda.
"Bagi tahun ini, kita agak bimbang kemungkinan kes tersasar akan meningkat disebabkan banyak laluan dalam masjid ditutup ekoran kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di kawasan masjid," kata beliau.
Katanya, bagi mengelak jemaah tersasar, mereka diingatkan agar mengenal pasti pintu masuk masjid dan sentiasa bergerak bersama rakan-rakan.
Selain itu, pasukan peronda berkenaan juga akan membantu jemaah Malaysia terutama yang uzur dan warga emas untuk melintas jalan menuju ke masjid.
"Jarak antara maktab TH dengan Masjidil Haram agak jauh dan oleh itu kita mengalakkan agar jemaah haji kita tidak kerap berulang alik ke masjid demi keselamatan dan kesihatan mereka. Mereka boleh beribadat lama di masjid dan pulang selepas solat Isyak," kata beliau.
Abu Shukor berkata, jemaah haji tidak perlu risau mengenai makanan di maktab kerana makanan mereka tetap disimpan walaupun pulang selepas waktu Isyak.
Katanya, jika jemaah haji mendapati diri mereka telah kehilangan rakan dan tidak tahu arah jalan, mereka boleh menelefon nombor pusat khidmat pelanggan yang tertera di gelang tangan masing-masing dan pasukan peronda akan mencari mereka.
Beliau berkata, jemaah haji Malaysia juga digalakkan melantik seorang ketua bilik masing-masing supaya mereka mempunyai wakil untuk menyimpan semua nombor telefon rakan sebilik dan boleh membuat sebarang aduan jika rakan sebilik tidak pulang.
Sementara itu, Pengurus Media Tabung Haji Mohamad Naser Jaafar berkata, kira-kira 10,000 jemaah haji Malaysia kini berada di tanah suci Makkah dan Madinah.
Jemaah haji Malaysia yang berada di Madinah sedang memasuki Makkah secara berperingkat dan kesemua mereka akan berada di Makkah pada 29 Sept ini apabila kesemua 33 penerbangan dari Malaysia ke Madinah berakhir pada 20 Sept.
Mulai 21 Sept pula, kesemua penerbangan dari Malaysia mendarat di Jeddah untuk membawa jemaah haji terus ke Makkah dan penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia ke Jeddah ialah 9 Okt depan.
Sebanyak 22,320 umat Islam dari Malaysia akan menunaikan fardu haji untuk musim ini dan jumlah itu adalah berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi.
Bernama
Fri Sep 20 2013
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.