Persiapan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 Rabu ini berjalan lancar, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata persiapan bagi acara di dalam dan di luar dewan bagi perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada Rabu dan Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini juga lancar.
Antara perubahan yang akan dilakukan ialah lagu "Melayu Bersatu" diberikan nafas baharu dengan lebih rancak dan akan disampaikan oleh koir terdiri daripada 32 mahasiswa Fakulti Seni Musik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perasmian perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Raptai itu termasuk acara menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa, dan pemeriksaan perbarisan serta persembahan koir.
Beliau berharap anggota parti itu dapat menghayati seni kata dan lagu "Melayu Bersatu" supaya dapat menyerapkan lagi semangat dan obor perjuangan orang Melayu.
Raptai penuh perbarisan yang berlangsung bermula 8 pagi selesai tengah hari.
Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung Selasa ini dengan majlis taklimat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Majlis Tertinggi, Exco ketiga-tiga sayap, Ketua, timbalan, naib ketua, setiausaha, ketua penerangan dan bendahari bahagian-bahagian UMNO, serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian.
Sementara itu, perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti yang akan dirasmikan ketua masing-masing akan diadakan Rabu ini dan diikuti perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh presiden parti pada Khamis ini.
Dianggarkan seramai 5,732 anggota UMNO akan menghadiri perhimpunan kali ini dengan 2,762 anggota akan menghadiri perhimpunan agung Khamis ini, dan selebihnya akan menghadiri perhimpunan agung ketiga-tiga sayapnya iaitu 993 orang (Wanita), 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) pada Rabu.
Bernama
Sun Dec 06 2015
Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan berlangsung Selasa ini dengan majlis taklimat Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.
Kehadiran kapal persiaran mewah lonjak kemasukan pelancong ke Melaka - Ab Rauf
Pemilihan Melaka sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dream Cruise mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.
Melaka usaha aktifkan semula penerbangan ke Pekan Baru, pasarkan pelancongan kesihatan
Sebanyak 82,941 pelancong kesihatan dari Indonesia, telah mendapatkan rawatan di Melaka pada tahun lepas.
‘Santuni MADANI’ platform tepat pantau sistem penyampaian kerajaan
Program itu dilihat mampu memberi impak dalam merapatkan jurang kemudahan antara desa dan bandar.
Melaka terima 11.25 juta pengunjung hingga September - Ab Rauf
Melaka menerima kira-kira 11.25 juta pengunjung dari Januari hingga September lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Melaka laksana kajian terperinci cari kaedah penambahbaikan atasi masalah banjir
Ab Rauf berkata, perubahan cuaca yang tidak menentu ketika ini menyebabkan bencana banjir berlaku tanpa dijangka.
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
Melaka tidak kompromi ajaran sesat - Ab Rauf
Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan mana-mana gerakan yang melanggar tatacara dan akidah Islam.