MELAKA: Persiapan menjelang Sambutan Hari Malaysia kini mencapai kemajuan 85 peratus dan semuanya berjalan dengan lancar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Katanya meskipun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan, kerjasama daripada semua pihak berjaya menjadikan persiapan sambutan itu berjalan lancar.
"Daripada raptai ini, kita lihat akan ada sedikit sebanyak penambahbaikan akan dilakukan kerana dalam penganjuran ini ada tradisi yang perlu dikekalkan, terutama sekali refleksi daripada gabungan antara Tanah Melayu (Semenanjung), Sabah dan Sarawak.
"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan setakat ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan dan raptai sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir, di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin.
Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 juga berharap pada malam sambutan itu pengunjung akan memeriahkannya dengan mengenakan busana etnik serta versi era 50-an dan 60-an.
"Malah lebih meriah apabila tetamu kehormat juga akan kenakan busana etnik dan ia adalah faktor 'wow' dalam sambutan ini," katanya yang menasihati pengunjung agar hadir lebih awal ke lokasi sambutan memandangkan beberapa jalan akan ditutup.
Sambutan Hari Malaysia pada Jumaat ini akan berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir dengan menampilkan keunikan tema busana era 50-an dan 60-an yang dipilih bagi meraikan sambutan itu.
Kira-kira 20,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan julung-julung kali diadakan di Semenanjung itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 14 2022
Annuar (kanan) dan Mohammad (dua, kanan) ketika menghadiri raptai Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan A' Famosa Banda Hilir malam tadi. --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.
Tarian Ayam Didik, lagu Negaraku hiasai sambutan Hari Malaysia di Estonia
UniMAP berasa bangga dan teruja, apabila dapat mempersembahkan tarian Ayam Didik, Silat Tari dan menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia, di ibu negara Estonia, Tallinn.