BARISAN NASIONAL (BN) sudah berkuasa lama. Itu benar. Merdeka pun begitu. Sudah 60 tahun lamanya.
Kerana tempoh yang lama, maka bergemalah pemikiran bahawa pemerintahan tidak boleh terlalu lama jika mahu menikmati perubahan.
Apakah pemikiran itu menular di Malaysia? Perlukah kita mencari perubahan tanpa memikirkan kesannya?
Apakah sesuatu yang baru itu lambang cita rasa perubahan yang diidamkan? Baru yang bagaimana mahu dicipta?
Persoalan ini perlu diinsafi kerana adakalanya ghairah itu boleh membawa ke tahap kemerdekaan tergadai.
Hati-hati juga dengan semangat yang berada dalam ketidaktentuan. Jangan sampai kita memperjudikan nasib negara kerana tergoda dengan agenda yang tidak mantap isi perjuangannya.
Ada yang teruja kini kerana mekar sekali akan tawaran pilihan. Ada alternatif bak kata orang muda.
Namun, jika kita dekati susur galur alternatif ini kita juga bleh rasa gusar kerana alternatif kepada BN adalah sesuatu yang menakutkan.
Formula kepimpinan
Terkini, pimpinan dan formula kepimpinannya menjadi semakin tidak ketentuan.
Jika dibaca, pemimpin hebat yang ada pun ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara.
Pernah dahulu ramai tertanya-tanya kenapa Anwar mahu menyertai UMNO dan bukan Pas?
Sekarang kita faham. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Ini kerana Pas, pemimpinnya tidak pernah menjadi Perdana Menteri. Tidak ada.
Kini, apakah kita masih mahu mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang berpotensi?
Ya benar, bahawa Tun M berjasa dengan sangat luar biasa semasa pemerintahannya.
Namun, waktunya tidak lagi sama dengan waktu ini. Pada Tun M, beliau berhak sampaikan hujahnya namun asas perjuangan parti barunya perlu tahu bahawa yang diperlukan dalam pembinaan bangsa adalah asas yang kukuh.
Realitinya, yang kukuh itu zahir dari ‘track record’ yang dibina oleh Tun M sewaktu dulunya dia dalam BN. Kini asas itu dicantikkan lagi oleh parti yang sama iaitu BN.
Begitu juga dengan koleksi cacamarba Pakatan Harapan (PH) yang cuma berpakat untuk tidak bertanding sesama mereka tetapi sebaliknya menyokong satu sama lain untuk memenangi pilihan raya sahaja.
Ini termasuklah parti yang rasis dan parti yang memperalatkan agama. Mereka pendekar dalam isu berbalah sepanjang masa. Mereka bukan satu gabungan tetapi satu pakatan yang mahu kuasa sahaja.
Siapa berkuasa?
Memang benar BN sudah lama berkuasa. Begitu juga Pas di Kelantan. Tiada siapa boleh menafikan kemajuan dan kemakmuran luar biasa yang dikecapi di negara ini dicapai dalam tempoh pemerintahan BN. Apa pula yang boleh boleh dinyatakan mengenai pencapaian Pas di Kelantan?
Kepimpinan Pas dan DAP yang sudah berumur tidak bertukar jauh lebih lama berbanding BN dan parti-parti komponennya.
Sudah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan BN tetapi dalam tempoh itu ketua DAP masih tetap di tempatnya dan tidak mahu melepaskan jawatan, dan kini jelas anaknya pula akan mengambil-alih. Sebuah dinasti sudah jelas dibina.
Kepimpinan Pas juga tidak berubah dalam tempoh kepimpinan empat pemimpin BN.
Ketua Keadilan pula meletakkan dirinya sebagai Penasihat tetapi menobat isterinya sebagai Presiden dan anak perempuannya sebagai Naib Presiden.
Teman akrabnya pula menjadi timbalan. Masih tidak ada tanda-tanda akan berlaku sebarang perubahan kepimpinan. Paling pasti, tiada pemimpin yang akan meletak jawatan.
Perubahan mestilah dari dalam dan luar. Perubahan luaran hanyalah untuk mengabui mata semata-mata.
Semasa kepimpinan enam ketua UMNO, polisi agak berbeza di antara satu sama lain. Kerajaan yang dipimpin seharusnya tidak boleh dianggap sama.
Apa yang pasti prinsip politik dan ekonomi jauh berbeza. Begitu juga dengan dasar luar. Malah boleh dikatakan walaupun nama adalah sama, kerajaan setiap Perdana Menteri itu berbeza antara satu sama lain.
Prinsip BN
BN yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan PRU ke-14 tidak akan sama dengan BN di bawah kepimpinan lima yang terdahulu. Ia adalah BN yang baru dengan perubahan tetap berlaku.
Namun begitu, BN tetap berpegang kepada prinsip dan polisi asas yang sama. Parti komponen BN mengamalkan demokrasi di dalam parti dan negara. BN percaya kepada perdagangan bebas dan inisiatif daripada sektor swasta.
BN juga berpegang kepada kerjasama antara kaum dan perkongsian kuasa. BN juga percaya kepada agihan kekayaan yang adil di antara kaum. BN mesra perniagaan tanpa meminggirkan kepentingan anggota masyarakat yang lain.
Ia tetap terbuka kepada inovasi dan idea-idea baru serta mengambil-kira pandangan yang dilontar rakyat sekali gus membawa kepada perubahan dan transformasi.
Cuma yang buta sahaja yang tidak dapat melihat perbezaan antara pemimpin tertinggi kerajaan BN dengan yang bukan BN.
Ini bukanlah negara satu parti. BN itu sendiri adalah gabungan 14 parti yang berlainan. Mereka boleh bersama atau memilih untuk keluar. Banyak parti ditubuh di Malaysia semasa zaman Perikatan dan BN memerintah negara.
Sesetengahnya dapat bertahan walaupun tidak menyertai gabungan kerajaan. Yang lain seperti sosialis, terus hilang.
Setengahnya berjaya ke Parlimen manakala yang lain gagal memastikan wakil mereka ke Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti-parti pembangkang yang bertahan tidak pernah gagal untuk memenangi beberapa kerusi di dalam setiap pilihanraya.
Pas kekal menerajui Kelantan menerusi beberapa pilihanraya dan pernah memenangi Terengganu dua kali. Sebuah parti tempatan pernah menewaskan BN dan menubuh kerajaan di Sabah. Pulau Pinang pula dimenangi Gerakan yang pada ketika itu sebuah parti pembangkang.
Pilihanraya di Malaysia tidak pernah membosankan. Dalam tahun 1969, Perikatan hampir kalah dan dalam tahun 2008 BN kehilangan lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di peringkat Persekutuan.
Keputusan pilihanraya di Malaysia tidak pernah melihat parti yang memerintah mendapat sokongan 99 peratus.
Hakikatnya parti pembangkang selalu memenangi sebilangan kerusi di peringkat DUN dan peringkat Persekutuan.
Sukar untuk memahami bagaimana seseorang boleh menyatakan bahawa Malaysia adalah negara pemerintahan satu parti.
Memang benar Perikatan dan BN memenangi semua pilihanraya Persekutuan. Negara ini negara demokratik dan jika rakyat memilih untuk mengundi semula parti kerajaan itu hak demokratik mereka.
Mengundi pembangkang untuk memerintah tidak menjadikan Malaysia lebih demokratik mahupun menjadi bukti kita mengamalkan sistem dwi-parti.
Pandangan jika mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Malaysia negara yang mengamalkan sistem dwi-parti adalah tidak berasas sama sekali.
Parti-parti pembangkang tidak mewakili satu parti, bukan pun satu gabungan. Mereka membantu satu sama lain hanya untuk memenangi pilihan raya. Mereka akan kekal bersendirian, setiap satu dengan dasar dan agenda masing-masing.
Mereka mungkin menubuhkan kerajaan campuran tetapi ia akan menjadi gabungan yang longgar tanpa satu pun agenda yang jelas.
Mana perubahan?
Barack Obama menjanjikan perubahan bila terpilih. Tetapi dia tidak berdaya untuk menutup Guantanamo Bay atau keluar segera dari Iraq mahupun Afghanistan.
Dia terpaksa meneruskan tindakan yang dirancang oleh orang yang digantikannya. Apabila tamat ‘edahnya’, tiada apa perubahan yang telah berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Di Jepun, kehendak kepada perubahan membawa kepada kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP). Sekarang LDP kembali berkuasa menggantikan Parti Demokratik Jepun yang kekal hanya satu penggal. Perubahan kerajaan juga tidak meningkatkan kemajuan Jepun.
Pendapat bahawa perubahan semestinya membawa kebaikan tidak selalu benar. Milton Obote dikatakan Presiden yang tidak baik untuk Uganda. Maka Idi Amin merampas kuasa. Ia lebih buruk sehingga terpaksa diturunkan secara paksa oleh tentera yang memberontak.
Iraq diperintah oleh Saddam Hussein sebagai diktator. Dia dikatakan amat kejam. Amerika Syarikat membuat keputusan melakukan pertukaran rejim yang melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Iraq yang tidak berdosa selain menghancurkan negara mereka.
Terdapat kerajaan baru sekarang tetapi disangsikan kebaikannya berbanding kerajaan Saddam. Tidak ada pertelingkahan antara puak Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah di zaman Saddam, tetapi sekarang pertembungan ganas sering berlaku antara dua pihak ini, masing-masing mengebom dan membunuh pihak yang lain.
Terdapat banyak contoh perubahan rejim tetapi kebanyakannya tiada perubahan yang berlaku hasil daripadanya. Amat sedikit contoh menunjukkan apabila berlaku perubahan keadaan bertambah baik.
Seperti dikatakan oleh orang Perancis ‘Plus ca change, plus c‘est la meme chose’ (lebih banyak perubahan, lebih banyak kekal sama).
Tidak perlu menukar kerajaan semata-mata untuk menegak sistem dwi-parti. Negara yang mempunyai sistem dwi-parti tidak berkeadaan lebih baik. Mereka masih menghadapi krisis ekonomi dan kewangan, mengalami kemelesetan, berdepan dengan demonstrasi jalanan dan mogok.
Ada dinyatakan sebelum ini, ‘better the devil you know than the angel you don‘t.’
Tolonglah faham, BN bukanlah syaitan. Negara ini maju dengan jaya di bawah pemerintahan BN. Bila kejayaan pudar, BN dengan cepat menukar pemimpin yang gagal.
Pilihanraya memberi kita peluang menunjuk kepada parti pemerintah akan perlunya mengubah dirinya sendiri. Mesej ini akan sampai, amaran telah diberi dan tindakan positif akan diambil.
Jangan perjudikan negara ini dengan pihak yang tidak dikenali dan yang belum teruji.
Beberapa peluang yang diberi kepada pembangkang menunjukkan kekurangan kemahiran dan pencapaian. Kelantan jelas tidak menunjukkan kemajuan dengan baik. Pulau Pinang pula, kejayaan mereka yang sedikit sebenarnya disertai dengan kegagalan yang sangat banyak.
Merdeka! Merdeka !Merdeka! Ayuh kita nyahkan rasukan dan intipan orang yang cemburu pada pengisian kemerdekaan kita.
Kita tahu BN sudah lama dan merdeka juga lama. Apakah bila lama kita harus miliki nafsu memperjudikan nasib negara?
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan seorang pemerhati politik semasa
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 31 2017
BN sudah berkuasa lama. Itu benar. Merdeka pun begitu. Sudah 60 tahun lamanya. - Gambar fail
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.