DI DALAM Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manifesto itu maksudnya pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar dan tujuan sesuatu parti politik sebelum pilihan raya.
Konsepnya mudah, perlu ada seperti AkuJanji yang ditawarkan kepada pengundi yang menjadi pegangan dalam kempen dan harus dilaksanakan jika menang kelak.
Selalunya sesuatu manifesto itu akan menghuraikan apa yang boleh dibuat di sesuatu kawasan atau negara jika parti itu dapat mentadbir sesebuah negara.
Di dalam manifesto juga ada janji yang harus dibuat selepas selepas diberi kepercayaan untuk memerintah.
Adanya menifesto adalah selari tindakan makhluk yang berakal kerana tanpa manifesto, seseorang pemimpin atau parti itu akan bertindak mengikut emosi dalam pentadbiran mereka.
BACA: Lapor Langsung Hari Penamaan Calon
BACA: Adenan dicabar calon PKR di Tanjung Datu
BACA: SPR terima 230 kertas pencalonan, 2 ditolak
Jadi pedoman
Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 menjadi pedoman untuk menyakinkan pengundi tentang apa yang akan dibuat.
Pastinya, kalau tidak berpaksi kepada manifesto, maka penghujahan dalam kempen adalah sesuatu yang boleh mendatangkan faedah dan sekali lagi tidak hanya perbuatan yang hanya lmahu melepaskan geram atau emosi semata-mata.
Pengundi juga akan menilai bukan hanya jentera atau calon tapi apa yang dibawa dari parti ini secara keseluruhannya.
BACA: 'Saya tidur macam bayi selepas selesai isu calon' - Adenan
BACA: Manifesto BN penuhi keperluan dan aspirasi rakyat Sarawak
FOTO: Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN)
Pengundi harus atau perlu melihat manifesto yang ditawarkan dalam gambaran yang luas, walaupun secara rasionalnya tempoh masa berkempen bukan sesuatu yang cukup panjang untuk menilai janji-janji berkenaan.
Namun, atas dasar apa lagi untuk mana-mana pihak menafikan manifesto BN?
Pastinya kuasa yang sudah jelas ada di tangan kerajaan BN jauh berbeza kemampuannya berbanding manifesto PKR, DAP atau mana-mana parti dalam Pakatan Harapan sendiri.
Manifesto BN pada PRN Sarawak kali ini hanya perlu penerusan misi dalam setiap pembentangannya selain kesedaran tema satu pasukan yang dibawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sendiri.
Di sini Adenan sudah melihat kesatuan pelbagai kaum itu perlu baginya, jadi inilah mandat pertama Adenan yang mengumpulkan pasukannya serta mahu mandat itu untuk mereka terus berfungsi kepada rakyat secara keseluruhannya.
Ia disebut 'people centric', maknanya manifesto yang merakyatkan hasrat rakyat selain berkisar sepenuhnya tentang rakyat.
Adunan 14 huruf 'M'
Kembali kepada konsep manifesto BN, adunan 'people-centric' itu jelas apabila 14 perkara yang dibahasnya dalam manifesto itu bermula dari huruf 'M' dan satu lagi bermula dengan huruf 'I'.
Kalau difikir, semuanya itu perkataan yang sudah dirumuskan dalam kategori tertentu itu ternyata sebenarnya menegakkan kedaulatan.
Ada tiga M yang membawa maksud menegakkan, mempertahankan dan memelihara itu satu pemusatan kedaulatan kuasa yang jelas dalam manifesto.
Sementara kita tengok perkataan yang membawa bayangan maksud autonomi dilihat dalam tiga M yang seterusnya iaitu menjamin, melindungi dan mengiktiraf.
Seterusnya kita lihat usaha Adenan sebelum ini yang mahu meneruskan kejayaannya mentadbir Sarawak dengan empat lagi M iaitu mempertingkatkan, menyediakan, menpercepatkan serta memajukan
Selain itu konsep perancangannya disebut dalam dua M iaitu mewujudkan dan membangunkan.
Jadi kata kunci yang digunakan dengan mudah dapat dirumuskan termasuk di dalam empat kelompok iaitu kedaulatan, autonomi, penerusan dan perancangan.
Ia boleh dicapai satu persatu dalam masa lima tahun, ia satu tempoh yang realistik dan tidak ada apa yang mustahil dalam merealisasikannya dalam jangka bermula 2016 sehingga tahun 2020 atau 2021.
Manifesto selari RMK-11
Sedari atau tidak, manifesto BN itu sebenarnya selari dengan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang juga akan dilancarkan pada 2016 sehingga 2020.
Di dalam RMK-11 ini juga sudah dirangkumkan Program Transformasi yang bersabit hal tanah adat, frasarana, koridor selain hal kesihatan dan terperinci di dalam manifesto BN itu sendiri.
Jangan dilupa juga RMK-11 juga bersifat merakyatkan ekonomi dan pembangunan ekonomi kapital.
Jadi tidak mustahil adunan RMK-11 dan manifesto itu tidak mustahil dan bukan cakap kosong kepada rakyat yang tidak boleh dilaksanakan.
Nampaknya BN tidak mahu ketinggalan dan ia diatur begitu rupa selain selari dengan 15 teras yang dirumuskan kepada empat pecahan sebelum ini.
Kita tinjau sedikit manifesto PKR yang cuba menonjol menjadi 'Abang Long' di Sarawak dengan mengemukakan lima janji dan 18 pelan tindakan.
Lima janji itu juga dilihat sesuatu yang agak payah untuk dilaksanakan kerana ia menjurus kepada isu cukai barang dan perkhidmatan (GST), kos sara hidup dan isu tanah adat yang sudah diselesaikan BN lebih awal.
Tawaran PKR itu nampak terlalu mudah serta tidak menyeluruh dengan saiz Sarawak sendiri. Ia juga tidak realistik dan mencabar pembuat dasar seandainya mereka berjaya menguasai negeri itu.
Bagaimana mungkin 18 pelan tindakan yang tidak jelas hala tuju itu hendak dibuktikan dengan perumpamaan pemerintahan, ia juga terlalu berbeza dan tidak sesuai jika hendak dibandingkan dengan corak pemerintahan yang mereka lakukan di negeri Selangor sendiri.
Pastinya, acuan untuk menjayakan sesuatu manifesto perlu dilihat dalam rangka yang lebih jelas seperti BN yang mempunyai sebuah kerajaan pusat dan tidak boleh dipertikai lagi kemampuan pemerintahannya.
*Wan Syamsul Amly adalah wartawan Astro AWANI yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 ketika ini.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Tue Apr 26 2016
Barisan Nasional Sarawak pada Selasa melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 dengan tema 'Berikan Peluang Kepada Team Adenan'. - Foto Astro AWANI
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.