ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Perikatan Nasional (PN) perlu dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk meneruskan program yang direncanakan bagi merealisasikan The Greater Kedah.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sekurang-kurangnya 10 tahun tempoh diperlukan oleh kerajaan negeri untuk menjayakan perkara tersebut bagi mengangkat Kedah menjadi sebuah negeri yang berdaya maju.
Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat memberikan tumpuan yang penuh untuk merampas Kedah pada PRN bakal diadakan tidak lama lagi.
"Untuk para petugas, para pemuda mari kita bersungguh-sungguh bekerja untuk pastikan kubu kita tidak tembus dari sisi yang dijaga oleh kita. Kubu kita sentiasa kukuh dan utuh di mana kita berada, dengan demikianlah kedudukan kita di Kedah ini tidak mampu digugat oleh sesiapa.
"Memang mereka (PH-BN) beri tumpuan yang penuh, beri tumpuan yang lebih untuk merampas negeri ini kerana mereka sudah tahu betapa agungnya sejarah negeri ini dan betapa hebatnya negeri ini boleh pergi pada masa hadapan.
"Begitu banyak program kita susun untuk faedah negeri dan rakyat. Kita akan pastikan program ini dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, kita tidak perlu masa 20 hingga 30 tahun, sekurang-kurangnya kita perlu 10 tahun sahaja untuk kita bangkitkan sekali lagi The Greater Kedah," katanya pada malam Sabtu.
Dalam perkembangan sama Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, rakyat di negeri ini juga diharapkan akan bersama untuk membantu merealisasikan The Greater Kedah.
Menurutnya, rakyat juga diminta tidak terpengaruh dengan kempen 'Kalih Bagi Sama' yang digerakkan oleh PH-BN di negeri ini dengan mendakwa pemerintahan sama negeri dan Persekutuan barulah keadilan akan berlaku.
"Bangsa ini akan bangkit untuk mendaulatkan sekali lagi Kedah Darul Aman sebagai kerajaan paling ulung The Greaters Kedah di rantau ini.
"Untuk mencapai cita-cita besar kita, (perlu) melaksanakan cita-cita ini (perlu ada) ketahanan, kesungguhan, iltizam, semangat, kepandaian, keberanian dan kepetahan," ujar beliau lagi.
Jelasnya, beliau tidak dapat mengelak daripada bercakap tentang PRN kerana Kedah menjadi sasaran besar oleh lawan untuk ditumbangkan selepas bercakap benar tentang hakikat apa yang berlaku tanpa rasa gentar dan tanpa rasa takut kepada sesiapa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 25 2023
Orang ramai yang hadir pada Himpunan Kedah Berselawat Berbusana di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada malam Sabtu. (Gambar kecil: Muhammad Sanusi. -Foto UPDA)
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.