Pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutu seperti Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disifatkan sebagai saingan yang adil, menurut seorang penganalisis politik hari ini.
Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung berkata ini susulan wujud saingan pelbagai penjuru dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dan berpendapat langkah itu dibuat menerusi persefahaman antara BN dan sekutunya.
"Jika hanya pertandingan satu lawan satu, maka timbul masalah jika sekutu anda secara tiba-tiba cuba mensabotaj anda. Oleh kerana pertandingan pelbagai penjuru, anda tidak akan tahu ia mungkin satu strategi mereka," kata pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kerusi tersebut adalah DUN Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan and Tanjung Aru.
Kebanyakan kawasan pilihan raya itu terletak di pedalaman, tengah dan bahagian utara Sabah dengan sebilangan besar kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Kadazan-Dusun-Murut.
BACA: PRN Sabah: BN sekutu bertembung adalah politik norma baharu - Bung Moktar
Bagaimanapun, Lee menolak unsur salah faham dan gila kuasa dalam situasi pertembungan tersebut.
Beliau menjelaskan bukan kesemua kerusi itu bertindih antara BN dan sekutunya tetapi hanya kerusi yang dipersetujui sebelum ini.
"Bagi saya, ini adalah hebat oleh kepemimpinan atau tidak, anda tidak mampu dapat mencapai kata sepakat," katanya.
Penganalisis lain pula berpendapat pertembungan di 17 daripada keseluruhan 73 kerusi yang dipertandingkan itu sudah dijangkakan.
Pensyarah Kanan (Kerajaan dan Politik) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Tony Paridi Bagang, bagaimanapun, berpandangan perkara seperti itu berlaku selepas rundingan pembahagian kerusi antara rakan sekutu itu dilihat tidak mencapai kesepakatan.
"Indikasi awal ialah apabila PBS memutuskan untuk menggunakan lambang sendiri pada PRN ini yang memberi mesej untuk meletakkan calon di kebanyakan kawasan.
"Tambahan lagi, PBS sudah keluar daripada BN dan tiada obligasi untuk PBS memenuhi kehendak BN mahupun PN...ia juga boleh digambarkan sebagai perundingan pembahagian atau kompromi kerusi yang kurang berjaya antara PN, BN dan sekutu," katanya.
Bagang, bagaimanapun, melihatkan pertembungan itu sebagai sebuah 'perlawanan persahabatan' antara parti yang menjalin kerjasama dalam membentuk kerajaan.
Penulis dan penganalisis politik tempatan Musli Oli pula berpendapat cabaran yang dihadapi oleh kepimpinan pakatan tersebut di peringkat negeri dalam percaturan politik negeri menyebabkan pertembungan itu akhirnya berlaku dan tidak dapat dielakkan.
Musli juga berpendapat pertambahan 13 kerusi DUN juga menjadi punca PN dan sekutunya menuntut kerusi tersebut sehingga tidak dapat membuat keputusan berkenaan pembahagian kerusi secara adil.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 13 2020
Penganalisis berpendapat langkah itu dibuat menerusi persefahaman antara BN dan sekutunya. - BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.