PUTRAJAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor mengetuai rombongan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra pada Ahad.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berharap, pertemuan antara kedua-dua pihak akan menjadi pemulaan yang baik dalam merapatkan hubungan negeri dan persekutuan.

Beliau menambah, pelbagai perkara dibincangkan bersama Anwar yang melibatkan kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyatnya.

Malah, GRS mengulangi pendirian menyokong dan memberi kerjasama penuh kepada anwar dan kerajaan pusat.

Hadir dalam pertemuan itu, Dua Timbalan Ketua Menteri iaitu, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, dan Datuk Seri Joachim Gunsalam

Turut bersama, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia, serta ahli Parlimen Penampang yang juga bakal presiden Pertubuhan Kinabalu  Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, dan ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan beberapa ahli Parlimen GRS.