PUTRAJAYA: Pertemuan delegasi Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan beberapa isu dibangkitkan PN, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) berkata beliau percaya Ismail Sabri terbuka untuk berbincang dengan rakan-rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan berhubung apa jua isu.
"(Pertemuan PN dan Perdana Menteri) itulah yang sebaik-baiknya kerana perkara ini (isu dibangkitkan PN) perlu duduk dan difikirkan bersama.
"Perdana Menteri tidak ada masalah untuk duduk dan berbincang atas apa jua perkara terutama sekali dengan rakan-rakan parti yang terlibat dalam pembentukan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di sini, hari ini.
Annuar berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai hasrat PN untuk bertemu Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa terdekat.
BACA: Perikatan Nasional kecewa dengan Perdana Menteri - Hamzah Zainuddin
BACA: Kerajaan, PH setuju tiada lagi MoU baharu selepas ini - Perdana Menteri
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Khamis berkata PN memutuskan untuk menghantar delegasi bertemu Perdana Menteri bagi tujuan itu.
Mengulas lanjut, Annuar berkata Perdana Menteri dalam apa jua tindakan akan mengambil kira situasi negara dan kepentingan rakyat dalam membuat keputusan.
"Soal politik dan kepartian tidak boleh kita terlalu dahulukan daripada kepentingan nasional dan negara," katanya menambah, Jemaah Menteri ketika ini menjalankan tugas seperti biasa dengan penuh keharmonian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022
Annuar berkata Perdana Menteri dalam apa jua tindakan akan mengambil kira situasi negara dan kepentingan rakyat dalam membuat keputusan. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
[KOLUMNIS] Keikhlasan DAP terserlah melalui PRK DUN Mahkota
Maka, hari ini saya terpanggil untuk mengulas akan perihal ini memandangkan seolah-olah berlakunya situasi 'Rumah Siap, Pahat Berbunyi'.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
PRK Sungai Bakap: Siapa calon boleh menang, disenangi dan berpengetahuan?
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin dan calon PN, Abidin Ismail.
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.
Ahli Parlimen Jeli pula nyatakan sokongan kepada kepimpinan PM Anwar
Seorang lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Jepak: Kemenangan GPS bukti rakyat Sarawak yakini kepimpinan Abang Johari
Jumlah majoriti sebanyak 8,784 undi yang diperoleh Iskandar pada PRK itu adalah lebih dua kali ganda berbanding majoriti 4,243 undi yang diraih dalam PRN lepas.
Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti responden belum puas hati cara kerajaan tangani inflasi, kos sara hidup - Kajian
Hanya 27 peratus responden Melayu dan 32 peratus responden semua kaum berpuas hati dengan pentadbiran Anwar dalam menangani kedua-dua isu berkenaan.