KOTA KINABALU: Isu tular mengenai jajaran politik baharu yang digembar-gemburkan beberapa hari lalu disifatkan propaganda serta retorik semata-mata.
Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, ini kerana semua pihak sedang menunggu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum membuat keputusan drastik.
"Walaupun di pihak Warisan Plus mahupun pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada ketika ini berdepan dengan isu dalaman tetapi rasanya itu tidak memungkinkan pergolakan politik yang melampau serta berlaku perubahan dalam tempoh terdekat.
"Itu adalah satu benda yang satu harus dihentikan segera, hentika berpolitik sebaliknya fokus kepada usaha membangunkan ekonomi negeri, kebajikan rakyat dan menangani COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi berhubung isu jajaran politik baharu yang tular di media sosial sejak semalam.
Terdahulu, senario politik di Sabah sedikit kecoh susulan beberapa rakaman audio dan mesej tular di aplikasi Whatsapp dengan mengatakan Parti Warisan Sabah (Warisan) Plus bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan kerjasama ADUN lain, bakal mengambil alih tampuk kerajaan sedia ada.
Dalam pada itu, ketika mengulas akan adanya kerjasama antara Warisan dan PBS di masa ini, Dr Romzi berkata, ianya tidak semudah yang disangka.
"Saya juga yakin sesetengah parti itu khususnya PBS bukanlah satu parti yang ingin bertindak melulu, parti ini juga sudah semestinya merupakan sebuah parti yang ingin kekal dalam persada politik negara.
"Untuk bergabung dengan Warisan Plus sudah pastinya pelbagai pertimbangan akan diambil kira dan saya juga melihat bahawa ADUN-ADUN bebas tidak akan bertindak secara melulu," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon May 17 2021
Dr Romzi berkata, ini kerana semua pihak sedang menunggu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum membuat keputusan drastik.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
PRU15: PBS setia bersama GRS - Maximus Ongkili
PBS kekal setia dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam berdepan pilihan raya umum akan datang.
Perubahan kerajaan Sabah, jajaran politik baharu hanya retorik - penganalisis
Isu tular mengenai jajaran politik baharu yang digembar-gemburkan beberapa hari lalu disifatkan propaganda serta retorik semata-mata.