KUALA LUMPUR: Peruntukan kerajaan berjumlah 750 juta disediakan kepada Kementerian Ekonomi tahun ini untuk program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi membantu 130,000 rakyat golongan termiskin adalah mencukupi.
Menterinya, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia kerana kerajaan mengambil pendekatan yang berbeza bagi menguruskan peruntukan itu dengan pemberian bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak secara sekali gus tetapi secara bulanan.
"... jadi pendekatan kita ialah, daripada kita ambil 100,000 (peserta) dan bagi terus (bantuan) RM20,000 ke RM30,000 sekali gus... lebih baik bayar (beri bantuan) kepada mereka setiap bulan. Jadi mereka perlu berada dalam acuan itu dalam tempoh 24 bulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada program Naratif Khas dengan topik Inisiatif Pendapatan Rakyat yang disiarkan di RTM, malam tadi.
Pada 24 Feb lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023, berkata, kerajaan akan melaksanakan IPR dengan peruntukan sejumlah RM750 juta kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan bantuan berkenaan.
Program tersebut menyasarkan peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperolehi.
Menerusi program itu, peserta boleh membuat permohonan IPR yang terdiri daripada kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).
Justeru, Rafizi berkata, bantuan dan kemudahan daripada peruntukan itu akan diberikan kepada peserta bergantung kepada skim kategori pilihan mereka yang telah diluluskan.
"Kalau INSAN mereka akan diberikan mesin layan diri di tempat yang telah dipilih, maksudnya mereka menerima sewaan bulanan yang dibayar terus kepada penyedia mesin layan diri antara RM600 hingga RM800 bergantung kepada jenis mesin... dalam tempoh dua tahun.
"Bagi INTAN pula akan melibatkan kerajaan mengenal pasti tanah, kemudiannya kerajaan kena sediakan kemudahan bersih tanah... dan kemudahan fertigasi, baja secara cecair, serta segala kelengkapan yang ada.
"Kalau IKHSAN, kita bagi 'top-up' (pendapatan) kepada mereka. Contohnya individu yang menjaga tandas awam, kutipan hasil selama ini kadang-kadang hanya dapat RM1,000 atau RM800. Jadi kita akan tambah (pendapatan) setiap bulan itu kepada RM2,000 selama 24 bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Rafizi ketika berucap pada Sesi Libat Urus bersama Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri mengenai IPR di Putrajaya, 9 Mac lalu. -- Gambar fail BERNAMA
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sidang KL20 April ini pacu Malaysia sebagai hab pemula niaga, modal teroka - Rafizi
Rafizi berkata, ini juga sejajar dengan kedudukan Kuala Lumpur ketika ini yang berada dalam kelompok 47 teratas global.
Parlimen: Lebih 2 juta cubaan akses PADU sehari berjaya dipatahkan - Rafizi
Rafizi menegaskan cubaan berkenaan yang dikesan dari luar negara berjaya dipatahkan dan masih gagal ditembusi, setakat ini.
PADU mahu bantu kumpulan pertengahan capai kemajuan ekonomi lebih pantas - Ketua Perangkawan
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diperkenalkan bukan semata-mata tertumpu kepada memastikan subsidi diberikan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta - Rafizi
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Subsidi bersasar: Kerajaan pertimbang model pindahan tunai bulanan
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan pertimbangan subsidi bersasar yang sedang dibincangkan dan akan diputuskan di peringkat kerajaan ialah bantuan menjurus kepada model pindahan tunai bulanan.
PADU: Kenyataan Abdul Karim pendapat peribadi - Rafizi
Rafizi sifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai pendapat peribadi.