KUALA LUMPUR: Hanya kakitangan, kontraktor dan pihak ketiga yang telah diberi vaksin COVID-19 lengkap dibenarkan masuk ke premisnya di Malaysia sejak 1 Okt 2021, menurut Petronas.
Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan yang tersiar di laman sesawangnya berkata langkah tersebut diambil bagi membendung, mengurang dan menghapuskan penularan jangkitan COVID-19 di dalam premis serta di kalangan pekerjanya untuk kelangsungan operasi dan perniagaan Petronas.
"Petronas mempunyai kewajipan seperti yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) untuk memastikan keselamatan, kesihatan serta kebajikan semua kakitangannya termasuk penyediaan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan," katanya.
Petronas terus mengekalkan komitmen ini dan mengharapkan semua pekerja, kontraktor dan pihak ketiga memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi syarat kemasukan yang dikenakan syarikat.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Farehana Hanapiah ketika diminta mengulas kenyataan itu berkata : "Ia cukup jelas. Ia menggariskan komitmen kami ke arah memastikan kakitangan kami selamat, ke arah menyediakan persekitaran kerja dengan pengurangan risiko kepada kesihatan terutamanya dengan situasi COVID-19 semasa."
Beliau juga mengesahkan bahawa syarat kemasukan berkaitan telah dikenakan sejak Oktober dan berkata ia adalah salah satu daripada banyak langkah tegas yang telah dilaksanakan oleh Petronas untuk mengurus serta mengurangkan pendedahan COVID-19.
"Langkah kami, ditambah dengan pensyaratan serta prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, telah membolehkan kakitangan kami secara beransur-ansur dan selamat kembali ke tempat kerja masing-masing, meningkatkan semangat serta kerja berpasukan dan kemesraan selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah, selain berjauhan antara satu sama lain.
"Kadar vaksinasi yang tinggi di kalangan pekerja kami juga memberikan tahap keyakinan tambahan kepada mereka untuk melaksanakan kerja masing-masing secara fizikal dan membantu dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif Petronas," kata Farehana.
Satu contoh ialah usaha semasa Petronas untuk memberikan bantuan kepada beribu-ribu rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir baru-baru ini yang mana kumpulan itu telah menjanjikan bantuan RM25 juta.
"Kami telah menerima sokongan yang luar biasa daripada ribuan pekerja kami yang telah menjadi sukarelawan dalam pelbagai usaha bantuan, sama ada yang diterajui secara langsung oleh syarikat atau unit dalam kumpulan atau yang dilaksanakan oleh pihak ketiga.
"Kami sememangnya amat berbangga kerana mereka telah dapat menjadi sukarelawan dengan berkesan dan mengambil bahagian dengan selamat,'' tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022
Petronas mengharapkan semua pekerja, kontraktor dan pihak ketiga memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi syarat kemasukan yang dikenakan syarikat. - Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.