SERDANG: Biarpun tidak dapat berhari raya di sisi keluarga, petugas barisan hadapan masih cekal menjalankan tanggungjawab sambil menerapkan aura positif dalam kalangan pesakit COVID-19 di pagi Hari Raya Aidiladha.
Itulah usaha terbaik yang boleh dilakukan oleh petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bagi memenangkan hati pesakit yang berjauhan daripada keluarga.
Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Dewan DG, PKRC MAEPS 2.0, Engku Mohd Nazri Engku Mansor berkata perasaan sedih mula bermain di fikiran pesakit apabila menjelang Hari Raya Aidiladha dan bertambah pilu ketika takbir raya.
"Memang amat sedih apabila berjauhan dan tidak berada di sisi keluarga ketika sambutan raya. Oleh itu, kita menyediakan juadah kepada pesakit supaya kerinduan untuk berkumpul bersama itu sedikit sebanyak dapat diubati dan sambutan itu dapat dirasai," katanya kepada Bernama ketika tinjauan di PKRC MAEPS 2.0, di sini hari ini.
Engku Mohd Nazri berkata sebagai bekas pesakit COVID-19, beliau amat memahami perasaan murung serta kecelaruan fikiran dihadapi pesakit namun mereka boleh mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan Kementerian Kesihatan bagi menyelami hati pesakit untuk berkongsi perasaan.
"Pesakit yang dihantar ke pusat kuarantin ini bingung di peringkat awal dan bertukar sedih dan risau selepas beberapa hari. Kita perlu pandai membaca emosi dan riak wajah sedih pesakit supaya tekanan emosi mereka ditangani serta mengubah suasana sedih itu kepada gembira," katanya.
Beliau menasihati pesakit COVID-19 agar tidak sesekali lemah dan tunduk kepada virus COVID-19.
"Semangat kita kena kuat untuk melawan virus ini. Jika minda kita lemah, virus ini akan menekan dan sel badan akan berubah. Pendekatan saya ketika dijangkiti walaupun sedih pada mulanya tetapi saya bangkit semula hasil daripada perkongsian dengan pesakit yang pernah dirawat di pusat kuarantin sebelum ini," katanya.
Engku Mohd Nazri berkata pesakit COVID-19 tidak harus mengalah dan duduk diam malah perlu meneruskan aktiviti harian kerana kehidupan yang sihat akan dapat menangani kesan itu.
Ditanya persediaan mental dan fizikal petugas kesihatan dengan kes yang masih tinggi, beliau berkata anak buah di bawah seliaannya selalu diingatkan supaya perjuangan itu harus diteruskan kerana itu adalah tanggungjawab.
"Teruskanlah usaha...itulah peringatan kepada anak buah saya. Kita tidak boleh terduduk walaupun kes masih meningkat kerana ia adalah cabaran yang perlu diterima," katanya dan menambah bahawa perasaan positif itu harus disulami aura positif.
Tinjauan Bernama pagi tadi di Dewan G MAEPS, mendapati kira-kira 50 pesakit COVID-19 menunaikan solat sunat Aidiladha seawal 8 pagi.
Di dewan yang menempatkan petugas barisan hadapan pula, alunan takbir raya berkumandang dan bacaan doa dipimpin KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Pbt Mohamad Faris Zaini disertai kira-kira 1,300 petugas.
Walaupun tidak meriah dan tidak kelihatan petugas berbaju Raya, petugas diberi juadah rendang, nasi impit dan kuah kacang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Pesakit COVID-19 mengaminkan doa selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di PKRC MAEPS. - BERNAMA
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.