TIUPAN wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di Brazil. Ia juga memberi erti kemunculan juara dunia bola sepak bagi tempoh 4 tahun ini. Jerman buat kali keempat telah dinobatkan sebagai juara Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina hasil jaringan tunggal Mario Gotze pada minit ke 113. Bagaikan perlawanan ulangan tahun 1986, kali ini yang bezanya ialah Jerman yang menang.
Piala Dunia 2014 kali ini amat menarik dan unik. Pelbagai kejutan di sepanjang kempen ini yang menjadikan ramai peminat bola sepak tertunggu-tunggu apakah kesudahan yang bakal tiba. Seawal persaingan peringkat kumpulan, beberapa pasukan yang menjadi pilihan untuk juara tersingkir. Apa yang lebih mengejutkan apabila Sepanyol yang menjadi penyandang juara Piala Dunia 2010 dan juara Eropah 2012 tersingkir di peringkat kumpulan. Bahkan lebih buruk lagi apabila hanya menang sekali sahaja dalam 3 perlawanan. Turut tersingkir di peringkat kumpulan lagi adalah pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Itali, England dan Portugal. Meskipun dibarisi dengan barisan pemain ternama dunia namun ianya bukan menjadi tiket untuk mara bersaing di peringkat seterusnya. Apatah lagi Itali dan England mempunyai liga bola sepak domestiknya yang sangat berprestij. Namun semua itu tidak bermakna apabila pulang awal sebelum persaingan sebenar bermula.
Apa yang menyedihkan apabila wakil daripada Asia gagal menyerlah kali ini. Iran, Jepun dan Korea Selatan gagal memberikan impak. Menduduki tangga tercorot masing-masing membuktikan kualiti pasukan bola sepak Asia. Wakil Asia kali ini tidak mampu memenangi walaupun satu perlawanan. Sesuatu yang amat menyedihkan bagi warga Asia. Namun begitu, terdapat juga pasukan yang turun sebagai pasukan 'underdog' berjaya menyerlah kali ini. Algeria, sebuah negara di benua Afrika berjaya memposisikan diri mereka sebaris dengan pasukan-pasukan ternama yang lain. Algeria menyertai FIFA pada tahun 1964 selepas setahun setengah memperolehi kemerdekaan. Kemudian layak ke Piala Dunia pada tahun 2010 namun tewas di peringkat kumpulan. Kali ini mereka tampil bergaya apabila mampu bersaing sehingga ke peringkat kalah mati. Yang menariknya Jerman yang merupakan saingan mereka terpaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Algeria. Sesuatu yang boleh diambil iktibar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini. Dari sudut geografi dan kekayaannya, Malaysia jauh lebih bertuah daripada Algeria. Bahkan, Malaysia terlebih dahulu merdeka berbanding Algeria. Lebih hebat lagi, Malaysia menyertai FIFA 10 tahun awal daripada mereka. Namun, di manakah Malaysia pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini? Bagaikan mengulangi aktiviti 4 tahun sekali, Malaysia sekadar menjadi pemerhati dan bersorak mengikut pasukan yang diminati.
Pada kempen Piala Dunia 2014 kali ini juga menyaksikan pasukan suka ramai iaitu Brazil gagal menampilkan aksi terbaik mereka. Sekalipun mampu mara sehingga ke perlawanan separuh akhir, skuad yang terkenal dengan gaya samba ini semakin layu di peringkat separuh akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat. Kebergantungan penuh kepada Neymar menyaksikan skuad Selecao bagaikan hilang punca apabila Neymar cedera semasa menentang Colombia. Lebih malang lagi dalam sejarah bola sepak Brazil apabila skuad samba ini menjadi sambal yang lunyai dikerjakan Jerman. Bolos 5 gol dalam tempoh 30 minit membuktikan bahawa gaya samba bola sepak yang diagung-agungkan itu kini tidak relevan lagi. Zaman kegemilangan Brazil sebagai kuasa bola sepak dunia kian berlalu. Tidak dinafikan kemaraan sehingga peringkat separuh akhir. Namun, kestabilan dalam kumpulan juga memainkan faktor kemenangan sesebuah pasukan. Natijah kebergantungan terhadap seorang pemain telah memberikan contohnya. Diaibkan 7 gol memberi erti bahawa anda bukan lagi sebuah pasukan yang digeruni.
Jerman menjadi juara Piala Dunia 2014. Tampil dengan pasukan yang bergaya, Jerman bagaikan melaungkan amaran bahawa Piala Dunia 2014 ini hendaklah dikembalikan kepada mereka setelah 20 tahun terlepas dalam genggaman. Jerman memerlukan 12 tahun untuk kembali ke final setelah tewas 0-2 dengan Brazil di Yokohama, Jepun. Tahun 2014 menampilkan pasukan yang terdiri dari muka lama dan baru. Gabungan skuad final 2002 dan 2014 telah memberikan impak positif yang hebat apabila mara tanpa kalah di sepanjang kempen Piala Dunia 2014 ini. Jerman juga telah dsebut-sebut bakal mara ke peringkat akhir berdasarkan kepada kestablan pasukan yang mereka ada. Bagaikan menjangkakan Jerman masuk ke final, jualan jersi pasukan Jerman di Malaysia bagaikan pisang panas. Rata-rata habis dijual seawal kempen Piala Dunia lagi. Bagaikan strategi perang Blitzkrieg, Jerman mara dengan merempuh semua saingan mereka. Rempuhan hebat daripada pasukan Jerman adalah terhadap Brazil. Kemenangan 7-1 terhadap Brazil membuktikan bahawa skuad Joechim Loew ini memang layak untuk menjulang Piala Dunia dan akan diingati dalam sejarah Piala Dunia. Menentang Argentina awal pagi tadi merupakan sesuatu yang sengit. Diheret ke masa tambahan membuktikan bahawa kehebatan kedua-dua pasukan namun hanya satu pasukan sahaja yang layak menjadi juara. Juara itu adalah Jerman. Sekaligus menjadi pasukan Eropah pertama yang memenangi Piala Dunia di benua Amerika.
Sesuatu yang perlu diambil iktibar bagi Malaysia dalam kempen Piala Dunia 2014 ini. Sudah 15 kali Piala Dunia berlangsung seusai kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Namun sebanyak itulah juga, Malaysia hanya mampu menjadi pemerhati dan bersorak mengikut pasukan yang diminati. Meskipun FAM pernah mensasarkan pada tahun 1990 yang Malaysia akan ke Piala Dunia pada tahun ini, namun sehingga Piala Dunia ini berakhir, tiada apa-apa pun yang berlaku. Kita tidak perlu sehingga mencontohi pasukan-pasukan yang besar untuk melangkah ke Piala Dunia. Malaysia perlu mencontohi pasukan seperti Bosnia-Herzegovina, negara yang dulunya bergelut dengan perang dan kini bergelut untuk membangunkan negaranya. Namun masih mampu menyaingi ke Piala Dunia. Algeria juga boleh dijadikan contoh bagaimana mereka juga sebuah negara yang membangun masih mampu ke Piala Dunia. Apatah lagi mereka ini yang kesemuanya Islam bermain dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan. Algeria juga dalam proses membangun setelah bergelut dengan perang. Jauh berbeza dengan Malaysia yang dalam keadaan aman dan damai. Inilah yang perlu diambil iktibar oleh pihak FAM. FAM perlu melaksanakan program intensif dalam memastikan Malaysia layak ke Piala Dunia. Saya berkeyakinan penuh dengan saf kepimpinan baru FAM yang diterajui oleh Tengku Abdullah ini mampu melonjakkan mutu bola sepak negara. Perlantikan Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek Pembangunan Bola Sepak Negara dilihat sebagai satu usaha bersungguh-sungguh FAM dalam memartabatkan mutu sukan bola sepak negara. Tambahan pula, Lim Teong Kim merupakan bekas penolong jurulatih pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich dan juga pernah bermain di Eropah dalam pasukan Hertha BSC di Jerman pada tahun 1987. Pengetahuan dan pengalaman meluas beliau dalam sukan bola sepak eropah diharapkan dapat membantu menjayakan bola sepak Malaysia. Tidak mustahil dan saya optimis bahawa dalam tempoh 15 tahun lagi, Malaysia mampu bersaing bersama-sama pasukan besar yang lain dalam Piala Dunia.
Dalam memastikan Malaysia mampu maju ke Piala Dunia, perubahan harus dilakukan. Malaysia tidak akan maju dan melangkah jauh sekiranya rasuah masih lagi berleluasa. Inilah virus yang harus dihapuskan. Bukan sahaja sukan, malah ekonomi negara juga tidak mampu melonjak jauh sekiranya terdapat pemimpin negara yang terlibat dalam rasuah. Gejala bookie juga masih menghantui bola sepak negara. Tidak pelik sekiranya usaha dilakukan dalam memastikan mutu bola sepak negara ini terbantut dek kerana musuh-musuh negara di dalam selimut yang terlibat dalam gejala rasuah ini. Disiplin para pemain juga harus diperketatkan. Usaha tanpa disiplin adalah sesuatu yang sia-sia sahaja. Saban tahun kedengaran masalah disiplin di kalangan para pemain. Ada yang terlibat dengan masalah di kelab malam, lari dari latihan dan ada juga yang terlibat dengan khalwat. Pemain-pemain seperti ini tidak layak untuk menduduki skuad negara. Bahkan mereka akan menconteng arang di muka Malaysia kelak. Lebih baik mencari skuad baru daripada berharap kepada pemain yang kerap menimbulkan masalah. Sikap besar kepala mereka harus diajar.
Sepanjang kempen Piala Dunia ini diharapkan juga mampu memberikan suatu peringatan kepada rakyat Malaysia mengenai cara hidup dan pemakanan. Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia tangga ke 6 tertinggi kadar obesitinya di Asia. Pada tahun 2014 pula, sebuah jurnal perubatan British, The Lancet pula meletakkan Malaysia adalah yang paling tertinggi di Asia. 49 % wanita dan 44 % lelaki di Malaysia mengalami obesiti. Suatu angka yang amat menggerunkan. Justeru, menyokong pasukan bola sepak kegemaran haruslah diikuti dengan cara pemakanan seimbang mereka. Para pemain mengikuti disiplin pemakanan yang ketat dan seimbang. Inilah yang perlu dicontohi oleh rakyat Malaysia di samping mengamalkan aktiviti senaman dan riadah. Para pemain yang diminati sihat, dan rakyat Malaysia juga seharusnya turut sama sihat seperti mereka. Justeru, ayuh kita mulakan mengamalkan cara hidup yang sihat. Rakyat sihat, negara juga sihat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Ir Khairil Nizam Khirudin adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Khairil Nizam Khirudin
Mon Jul 14 2014
Pasukan Jerman meraih kemenangan Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Argentina 1-0.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
Kos haji naik: Pas syor kerajaan benar pengeluaran Akaun 2 KWSP
Kerajaan dicadang membenarkan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang melebihi RM3,000 kepada pencarum yang layak bagi menampung kenaikan kos haji pada ketika ini.
Perarakan bersenjata: Pas ucap terima kasih kepada PDRM
Parti itu melihat isu tersebut sengaja dilemparkan kepada Pas dalam usaha memburuk-burukkan imej parti ini selain membawa lagi satu dogma Islamofobia dalam masyarakat.
Hentikan intimidasi politik terhadap pempengaruh TikTok
Pas mengecam tindakan segelintir aparatus kerajaan yang melakukan intimidasi politik dan membuli pempengaruh yang mengkritik kerajaan.
Jalan mendap: Ketepi perbezaan politik, cari penyelesaian segera - Ahli Parlimen Jerantut
Khairil Nizam bimbang hujan berpanjangan memburukkan lagi keadaan jalan mendap di laluan Jerantut-Benta.
Undi percaya PM: PN sudah punya ketetapan, strategi
Khairil Nizam enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dengan ketetapan tersebut.
PN susun 'kabinet bayangan', sumbang kepakaran kepada kerajaan - Khairil Nizam
Beliau optimis kerajaan sedia bekerjasama dengan pembangkang untuk membentuk kekuatan pentadbiran yang ampuh.
PRU15: Parlimen Jerantut bukan lagi 'kerusi selamat' mana-mana parti - Khairil Nizam
Jumlah pengundi baharu dan pengundi 18 tahun di Parlimen Jerantut menyaksikan peningkatan lebih 20,000 pemilih yang layak mengundi.
PRU15: Lawan dua minggu sahaja, kemudian harus berkawan demi rakyat - Khairil Nizam
Negara memerlukan ahli politik untuk kembali bersatu hati untuk mendepani cabaran lebih besar yang bakal mendatang tahun depan.
Pas hasrat satukan parti politik Melayu sebelum PRU15
Agenda tersebut memerlukan penyatuan parti-parti politik Melayu-Islam bagi mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU14.