Piala Dunia Qatar: Ketangkasan Emiliano Martinez inspirasi Argentina ke separuh akhir

Astro Arena
Disember 9, 2022 23:20 MYT
Argentina ke separuh akhir Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Belanda 4-3 menerusi sepakan penalti. -Stadium Astro
BELANDA 2 ARGENTINA 2
(Argentina layak ke separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3)
EMILIANO Martinez muncul wira Argentina ketika menewaskan Belanda dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.
Penjaga gol La Albicelete itu cemerlang menguis tendangan Virgil van Dijk dan Steven Berghuis sebelum Lautaro Martinez memastikan kejayaan Argentina menempah pertemuan dengan Croatia dalam separuh akhir.

All of the emotions... pic.twitter.com/55zBVmMf9h

— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lionel Messi kelihatan hampir membantu Argentina memuktamadkan kemaraan mereka lebih awal apabila menghasilkan umpanan gol buat Nahuel Molina sebelum melebarkan jaringan menerusi tendangan penalti untuk jaringan ke-10 di pentas itu.
PIALA DUNIA 2022
Tetapi dua gol lewat oleh pemain gantian skuad Oranje, Wout Weghorst, melanjutkan permainan melebihi 90 minit dengan 15 kad kuning mewarnai kerancakan perlawanan. -Astro Arena
#piala dunia qatar #Argentina #Emiliano Martinez #Belanda #Piala Dunia 2022