DOHA: Pengurus Brazil, Tite mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti, saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat, lapor Xinhua.

Tite, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016, telah mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.

PIALA DUNIA 2022

"Ia sangat sukar," kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.

Apabila ditanya mengenai legasi yang akan ditinggalkannya, lelaki berusia 61 tahun itu menjawab: "Masa akan menentukannya."

Piala Dunia Qatar: Croatia lakar kejutan singkir Brazil

Tite, yang memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh, turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019.

-- BERNAMA