KUALA LUMPUR: Skuad negara tidak harus mengambil mudah kemampuan pasukan England dan Mesir untuk melepasi peringkat kumpulan pada saingan Piala Sudirman 2021 yang berlangsung di Vantaa, Finland, bermula Ahad ini hingga 3 Okt ini.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei menegaskan kedua-dua negara tersebut khususnya England boleh melakukan kejutan seandainya pasukan negara memandang ringan kemampuan lawannya itu pada saingan kejohanan berpasukan campuran itu.
"Kita sedia maklum Jepun adalah pilihan utama dalam Kumpulan D, maka ia pertemuan sukar untuk skuad negara.
"Jangan ambil mudah cabaran England dan Mesir tetapi apa yang penting...semua pemain tidak harus hilang tumpuan sepanjang kejohanan itu dalam usaha melangkah jauh di Finland nanti," kata bekas pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada edisi dua tahun lalu di Nanning, China, Malaysia tersingkir di suku akhir selepas tewas di tangan Jepun 0-3. Jepun muncul naib juara selepas tewas 0-3 kepada China pada final.
Sementara itu, Chong Wei yang mengetuai cabaran negara mencapai keputusan terbaik dengan kedudukan tempat ketiga pada edisi 2009, menyifatkan sasaran layak ke suku akhir yang diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah realistik.
"Saya percaya Malaysia mempunyai peluang besar untuk mara ke peringkat suku akhir," katanya.
Juara All England 2021, Lee Zii Jia, 23, akan mengetuai skuad muda negara dalam saingan Piala Sudirman dengan dibantu dua lagi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Aidil Sholeh Ali Sadikin, masing-masing berusia 21 tahun.
Cabaran beregu lelaki akan digalas oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi selain Man Wei Chong dan Tee Kawi Wun.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, S. Kisona, akan menjadi tunjang bahagian perseorangan wanita dan akan dibantu pemain muda, K. Letshanaa dan Woon Qi Xuan.
Pasangan Pearly Tan dan M. Thinaah akan membawa cabaran beregu wanita bersama-sama gandingan Yap Ling-Teoh Mei Xing manakala beregu campuran dibarisi Hoo Pang Ron-Yee See dan Chen Tan Jie-Peck Yen Wei.
Malaysia akan membuka kempen dalam Kumpulan D dengan menentang England, Isnin ini, diikuti Mesir pada hari berikut sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan dengan berdepan Jepun, Khamis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
LEE: Semua pemain tidak harus hilang tumpuan sepanjang kejohanan itu dalam usaha melangkah jauh di Finland nanti. - Gambar fail BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.
Chong Wei sumber inspirasi Alwi Farhan
Bintang muda Indonesia Alwi Farhan Alhasny menjadikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai idola.
Lee Zii Jia pasrah kerap dibanding dengan Lee Chong Wei
Malah, Zii Jia akui hubungannya dan Chong Wei sebagai 'pelik' terutama selepas bergerak secara profesional.
Final Jelajah Dunia BWF: Axelsen samai rekod tiga kejuaraan berturut-turut Lee Chong Wei
Victor Axelsen mempertahankan gelarannya dalam acara perseorangan lelaki Final Jelajah Dunia BWF dengan menewaskan Shi Yu Qi semalam.
Chong Wei sudah jangka Zii Jia tolak RTG
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).
Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga legenda sukan negara itu dipilih atas kepakaran serta pengalaman mereka dalam sukan.
Chong Wei harap Zii Jia selesaikan perjanjian RTG
Jawatankuasa RTG akan membincangkan tindakan susulan pada mesyuarat seterusnya, jika jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak menandatangani perjanjian persetujuan komitmen LOC.
"Bukan sekadar kawan, tetapi keluarga" - Chong Wei sebak pemergian Ah Gan
Berita itu dikongsikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya.
Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Chong Wei mendedahkan hatinya jelas terguris dengan kemelut yang melanda dua entiti itu.