PICK: 76.8 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksin

Astro Awani
November 27, 2021 02:00 MYT
Setakat Jumaat, seramai 98 peratus atau 22.957 juta populasi dewasa negara ini telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 25.071 juta individu atau 76.8 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Jumaat.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 78.8 peratus atau 25.723 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, seramai 22.445 juta individu atau 95.9 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Pada masa sama, 98 peratus atau 22.957 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.615 juta individu atau 83.1 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan Pahang, Terengganu, Kelantan Dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 113,741 dos diberikan pada Jumaat, membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 52.666 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#vaksin lengkap #populasi dewasa #populasi remaja #PICK