PICK: 77.1 peratus populasi keseluruhan lengkap vaksinasi

Astro Awani
November 27, 2021 23:01 MYT
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.66 juta individu atau 84.7 peratus telah melengkapkan dua dos. -Gambar fail/Astro AWANI
SERAMAI 25.16 juta individu atau 77.1 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat Jumaat.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.1 peratus atau 25.82 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala, seramai 22.5 juta individu atau 96.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Sebanyak 98.4 peratus atau 23 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2.66 juta individu atau 84.7 peratus telah melengkapkan dua dos.
Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
Terdapat pertambahan 54,526 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53.1 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#PICK #vaksin COVID-19 #populasi dewasa #populasi remaja