KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) akan bermula hari ini di Lembah Klang buat sebagai permulaan.
Menjelang pelaksanaan PICKids bermula pagi ini, jumlah kanak-kanak dalam lingkungan umur itu yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 sudah mencecah 517,107 orang, setakat Selasa.
Data itu dikongsikan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitter pada Rabu yang antara lain memaklumkan bagi kawasan Lembah Klang, kira-kira 47,500 kanak-kanak di Kuala Lumpur, lebih 3,400 di Putrajaya dan lebih 131,500 di Selangor telah mendaftar dalam PICKids.
Sementara itu, ibu bapa yang ditemui Bernama semalam berpendapat keputusan untuk memvaksin anak-anak mereka adalah sebagai ikhtiar untuk memastikan kanak-kanak selamat daripada kesan jangkitan COVID-19 dan membantu mengekang penularan varian baharu.
Selain itu, rata-rata daripada mereka turut memuji proses pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi yang amat mudah dan cepat menerusi aplikasi MySejahtera, malah teruja untuk membawa anak mereka menjalani proses vaksinasi COVID-19.
Ahmad Sufian Abdul Karim, 46, berkata beliau dan isteri mahukan anak-anak mereka diberikan vaksin COVID-19 seperti vaksin lain yang disarankan oleh pakar perubatan bagi mencegah jangkitan penyakit berjangkit.
Katanya, beliau membuat tempahan janji temu vaksinasi anak lelakinya yang berusia lima tahun sebaik sahaja menerima notifikasi vaksinasi di MySejahteranya semalam.
"Lepas dapat SMS (khidmat pesanan ringkas) vaksinasi anak, saya terus buat tempahan slot janji temu di MySejahtera...proses lancar dan mudah.
"Anak dapat vaksin pada Sabtu ini," katanya yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan dos penggalak.
Senada dengannya Fong Yee Zie, 38, berkata dua anaknya masing-masing yang akan menerima vaksin pada Ahad ini percaya vaksin adalah langkah terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan wabak itu.
Sementara itu, suri rumah Aula Mohamad Fauzi, 31, berkata walaupun anaknya masih belum layak menerima vaksin COVID-19, beliau menyokong saranan untuk memvaksin kanak-kanak, malah beliau mahu memastikan anaknya turut mendapatkan vaksin itu apabila sudah layak.
"Saya yakin dengan saranan semasa KKM (Kementerian Kesihatan). Saya yakin, vaksin terbaik dalam membina ketahanan sekarang ini.
"Saya faham ada risiko kesan sampingan, tapi kesan COVID-19 mengatasi risiko (vaksin)," katanya.
Dalam pada itu, semakan di media sosial mendapati rata-rata ibu bapa yang telah menerima notifikasi vaksinasi anak mereka, berkongsikan keterujaan serta tangkap layar tempahan janji temu vaksinasi, selain turut mencadangkan kerajaan meningkat promosi serta panduan untuk pendaftaran PICKids menerusi aplikasi itu.
Pengguna Twitter @faraferra9 menciap : "Done (daftar vaksin kanak-kanak)...semoga dapat memberi manfaat dan ada asbab kebaikan, amin. #PICKids."
Terdapat juga ibu bapa yang belum bersedia untuk memvaksin anak mereka, sebaliknya berpendirian untuk tunggu dan lihat dengan perkembangan semasa proses PICKids termasuk laporan kesan sampingan vaksinasi kanak-kanak.
Bagi penjawat awam, Farhah P Ramlee, 38, berkata buat masa ini beliau belum lagi mendaftarkan anaknya untuk vaksinasi COVID-19 tetapi akan mempertimbangkannya.
Pengurus jualan Ahmad Ghazi Fadillah, 42 , juga mengambil pendekatan sama bagi anaknya yang berusia enam tahun kerana khuatir anaknya tidak dapat menanggung kesan sampingan seperti yang dialaminya selepas mendapat dos kedua vaksin bulan lepas.
BACA: PICKIDS: 27,200 kanak-kanak di Sarawak layak terima vaksin - Dr Rosmawati
BACA: PICKids: 517,107 kanak-kanak daftar terima vaksin setakat 1 Feb - Khairy
BACA: ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta
BACA: PICKids: Penghantaran pertama vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak tiba esok
BACA: Vaksin COVID-19: PICKids di Sarawak bermula selepas 3 Februari
Menerusi PICKids, dianggarkan 4 juta kanak-kanak dalam lingkungan umur berkenaan layak menerima vaksin dan vaksin mRNA iaitu Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (Pfizer-BioNTech) akan digunakan.
Terdapat tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kids (PPVKids) boleh dipilih ibu bapa semasa menempah slot janji temu vaksinasi anak mereka di MySejahtera iaitu PPV di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Axiata Arena Bukit Jalil , Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam, Selangor, bermula hari ini.
Selain itu, terdapat 24 lagi PPVKids di sekitar Lembah Klang boleh dipilih untuk vaksinasi kanak-kanak bermula 5 Feb dan senarai PPV tersebut boleh disemak di laman web rasmi atau laman media sosial Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) akan bermula hari ini di Lembah Klang buat sebagai permulaan. -Gambar hiasan/Freepik
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.