SHAH ALAM: Cadangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) berhubung penggunaan logo dan tema alternatif itu lahir apabila melihat kerajaan pusat telah mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan yang secara terang-terangan berbaur politik kepartian.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia berikutan tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik.
“Sudah jelas sekali perkataan Madani, perpaduan dan juga harapan adalah perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik terutamanya dalam pilihan raya negeri (PRN) yang lepas.
“Walaupun perkataan itu satu perkataan yang baik tetapi ia telah dipolitikkan dalam kempen politik kepartian. Justeru, kalau hendak satukan rakyat di bawah satu tema, pilih tema yang lebih bersifat tengah,” katanya menerusi perkongsian video di siaran Facebook beliau pada Ahad.
Pada Ahad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi respon mengenai kenyataan Ahmad Fadhli berhubung isu berkenaan dengan berkata, bahawa perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan.
Media melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu iaitu "Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan logo dengan elemen bunga raya.
Pada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi.
Dalam pada itu, ujar Ahmad Fadhli, tema dan logo yang diperkenalkan oleh PN lebih bersifat tengah dan tidak merangkumi perkataan yang diulang-ulang semasa kempen.
“Kami tidak mencadangkan menggunakan perkataan ‘bersih’ atau ‘stabil’ walaupun kedua-dua itu adalah perkataan yang baik tetapi itu telah kami gunakan di dalam kempen pilihan rakyat.
“Jadi, kalau nak satukan rakyat, pilih perkataan yang lebih bersifat tengah supaya semua rakyat di pelbagai fahaman politik boleh menerima.
“Kalau nak memperkenalkan slogan politik, ya kami akan memperkenalkan tema alternatif,” menurutnya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 20 2023
Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia berikutan tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik. - Gambar fail/Astro AWANI
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Pilih tema bersifat tengah' - Ahmad Fadhli
Ujar Ahmad Fadhli, tema dan logo yang diperkenalkan oleh PN lebih bersifat tengah.